Monday, July 6, 2015

Doktrin Metos



Masa Scarecrow ‎– Doktrin Metos (2015) (terbitan asal 1990)

Ini patut disokong. Tabik pada New Southern Records Sdn Bhd (NSR) kerana berani menerbitkan semula album lama seperti Doktrin Metos. Bosan juga bila kita asyik disogokkan dengan album-album kompilasi.

Usaha yang bagus tapi sayangnya masih ada yang perlu dikomplen. Soundnya setakat boleh dengar. Bunyi agak tenggelam. Memang terpaksa menguatkan volume. Ada yang mengatakan cd ini diambil terus dari kaset bukannya master tape asal. Mungkin betul mungkin tidak. Wallahu a’lam.

Covernya pula walaupun menggunakan kertas yang berkualiti (baunya tu betul-betul mengingatkan saya pada zaman unboxing kaset zaman budak-budak dulu) tetapi gambarnya tidak lengkap. Sepatutnya ada gambar band tetapi yang ada hanyalah sekadar lirik.

Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar apatah lagi memilikinya sebelum ini. Penghujung tahun 1989 adalah zaman saya menjadi "true". Tak main la layan rock melayu. Ini semua poseur!!! hehehe...


Satu-satunya lagu dari mereka yang saya tahu pada waktu itu adalah Amanda Gadisku. Mungkin mereka nak tiru Boston agaknya. Itu pun pasal selalu terdengar lagunya di radio. Saya ingatkan lagu tersebut ada dalam album ini, rupanya tidak. Album ini mengandungi satu lagi lagu mereka yang popular iaitu "Patahnya Sayap Malam".

Secara keseluruhannya saya agak tertarik juga dengan lagu-lagu berat mereka. Rif gitarnya yang agak berat. Tetapi lagu-lagu perlahannya macam biasalah era 90an. Jenis meleweh.

Khabarnya banyak lagi yang akan diterbitkan semula oleh NSR. Kalau betul, memang bestlah. Tapi saya cukup teruja bila ada khabar angin yang mengatakan pihak Life Records akan menerbitkan semula Rintangan Hidup Dunia, Kekejaman, Bisa, Darjah Satu dan lain-lain dalam bentuk piring hitam. Kalau jadi memang parah la...Mana nak cekau duit oii!!!






16 comments:

  1. makin banyak nsr ni rilisan terbaru ni album death metal pertama malaysia akan diriliskan, aku dah pre order huhu... ohya batu2 perjuangan tu kalu kamu ada beli kasih rebiu sikit. teringin rasanya nak beli cd tu.

    ReplyDelete
  2. Ni initiatif terbaik la. Kalau tak habis2 gitu je.

    ReplyDelete
  3. kalau juara2 rock dalam bentuk CD lagi best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada dah...http://berteromber.blogspot.com/2009/07/juara-juara-rock.html

      tapi kalau dapat cover yang ori lagi best...konpem aku beli lagi...

      Delete
  4. Febians sudah... massa...feminin....pun sudah...

    Oh Dinamik pun dah.

    Kita tgu yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yg disebut kecuali feminin aku dah ada...aku tunggu Res2.. :p

      Delete
    2. ko tak true la tak de Feminin.. huhu

      Delete
  5. Tau pasal album ni dulu tapi mmg tanak beli pasal rock leleh..kononnya aku pun true jugak..hahah..
    Tapi kalo ko ckp album rusty blade n xpdc nak reissue dlm lp..mmg bagus la asalkan jgn harga dia mahal sangat..biar kapitalis yg jual rekod melayu seken yg cekik darah tu tau.

    ReplyDelete
  6. ilustrasi cover yang teruk! hahaha!

    ReplyDelete
  7. ilustrasi cover yang teruk! hahaha!

    ReplyDelete
  8. harap-harap ade label yg nk reissue album Saxo, Satu Perjuangan

    ReplyDelete
  9. skrg ni Massa Kingways plak kuar bro ! 1st album tu......

    ReplyDelete