Friday, August 7, 2015

Batu Batu Perjuangan




Batu-Batu Perjuangan (2015) (terbitan asal 1988)

Hampir-hampir terlupa dengan album ini. Terimakasih NSR kerana menerbitkannya semula. Seingat saya ini adalah album terakhir gabungan band-band rock seperti Battle of the Band, Juara Juara Rock, Clash of the Band dan Pancakara Di Cakerawala yang saya ikuti. Selepas dari itu memang dah tak ikut sangat dah rock melayu ni.

Lagi hebat kasetnya dulu saya dah guna untuk dubbing lagu lain. Kavernya pun ntah dah dibuang kemana. Giler true betul zaman tu...hahaha....Sekarang rasa menyesal pulak. Sayang betul.

Kalau ingatan saya masih betul, Batu Batu Perjuangan ni kebanyakan bandnya berasal dari Johor. Yang paling saya ingat kumpulan Sallam. Mereka antara kumpulan yang agak top juga disekitar Johor Bahru pada waktu itu. Pernah tengok dia orang main majlis kerja kahwin. Kalau tak silap mereka berasal dari Felda Bukit Besar, Kulai. Tidak berapa jauh dari kampung saya.

Kaset ini dibeli pun dulunya kerana mereka. Tambah pula bila dapat tahu mereka merakamkan lagu ciptaan Man Kidal, "Permainan Hidup". Boleh tahan sedap walaupun sekali dengar dah cam dah ada bahagiannya yang di cedok dari "Whitesnake - Still of the Night". Sallam ni kalau tak silap penyanyinya kemudian menubuhkan kumpulan Jessica.


Lagi satu yang menjadi "hightlight" adalah kumpulan Nuzzantara. Vokalisnya adalah Nasa Bandi (Febians, Amuk). Tak pasti adakah dia hanya penyanyi undangan atau mungkin ini kumpulan beliau yang pertama sebelum Febians. Susunan muzik, sound dan lagu-lagunya memang mantap. Yang menjadi pilihan saya adalah lagu "Deja Vu". Lagu ni memang berhantu. Lama dah tak dengar...sekali dengar memang terus terasa seperti "deja vu"...

Yang lainnya saya kurang ingat. Figures tu kalau tak silap pernah buat album solo. Kemudiannya tukar nama jadi Gravity. Popular juga kot dengan lagu slow meleweh masa awal 90an dulu. Firestarter pula pernah muncul dalam album-album underground macam "Tribute to Search" dan "Sengatan Selatan". Tapi yang pastinya lagu perlahan mereka "Butiran Cinta Yang Hilang" memang sebiji macam lagu "Scorpions  - Life's like a river".

Yang paling saya tak tahu adalah kumpulan Garhana. Mungkin juga saya dah terlupa. Tetapi lagu-lagu mereka boleh tahan bagus. Secara ringkasnya, 5 lagu rancak dan 5 lagu perlahan dalam album ini memang bagus-bagus kesemuannya. Mungkin mereka tak sepopular Battle of the Band ataupun Juara Juara Rock, tetapi jika anda sukakan rock 80an...ditambah pula dengan sound cd ini yang tip top....Ini memang perlu anda cari. Apatah lagi jika anda pernah mendengarnya masa dulu-dulu.




12 comments:

  1. Nope. I never got into this kaset and the lagu2.
    HAHA.
    NSR zaman dulu ada ke? NSR lambat sikit kan label ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...zaman 70an dah ada...seingat aku masa budak2 dulu dorang banyak album cina dan dangdut ajer...

      Delete
  2. selepas baca rebiu kamu ni terus masuk list utk dibeli cd ni.
    ramai kata rilisan nsr ni ambil dari kaset je soundnya bab tu tak sedap. hanya mementingkan untung semata2, ramai kat fb tu tak puas hati bab soundnya. terutama sekali cd suffercation tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini soundnya ok...mungkin pasal dulu pun ianya rilis under NSR...ada simpan master tape kot...tapi memang ada sound yang tak berapa nak ok...Masa Doktrin Metos contohnya....sedap lagi cd cdr yang aku beli macam kat entri yang sebelum ini..

      Delete
  3. cerita pasal BOTB/JJR, thanks la sebab rekomen lagu kabus-metalian beberapa tahun lepas

    kitorg selalu cover lagu tu se"heavy" mungkin

    ReplyDelete
  4. Haritu ada nampak album ni tapi aku hold dulu takut sound dia hampeh..tapi ni ko dah kata ok nanti aku beli lah..album Feminin pun ada reissue tapi yg tu mmg sampai skang aku alergic..hahaha

    ReplyDelete
  5. Aku tengok tajuk ni naik kat blog aku tadi, aku dah naik seram tengkok ingatkan LP. Nak termencarut jugakla depan laptop tadi. Hahahahahha

    ReplyDelete
  6. xpernah dgr lgu2 dlm album neh...nk try beli..

    ReplyDelete
  7. Cd aku ada sedikit jumping kat starting lagu pertama, tapi tak ketara sangatlah..berteromber dan lelain ada problem sama tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...ada sikit jumping kat starting lagu Permainan Hidup...tapi kalau tak iyer2...tak perasan pun...

      btw...nice blog bro...sayang tak sambung...

      Delete
    2. ok, jadi problem dr kilang cdlah..frust juga sbb kualiti ada cacat skit camnie..album Crossfire Fatamorgana tu tak frust sangat sbb lagu Realiti & Fantasi boleh dapat byk dalam koleksi album2 lain..

      blog aku tu kosong je bro...tengoklah nanti kalau ada masa nak update :)

      Delete