Friday, August 21, 2015

Di Pintu Sepi

Kali pertama di cetak dalam bentuk cd.


Search - Di Pintu Sepi (2015) - terbitan asal 1988

Sold out dah untuk 500 cetakan yang pertama. Khabarnya tak sampai sehari dah habis. Memang hebat penangan Search. Kalau tengok "like" kat FB tentang rilisan semula album ini pun dah lebih dari 500 orang. Memang konpem tak cukup. Tapi jangan bimbang, bagi sesiapa yang belum dapat, khabarnya pihak Universal Music akan buat cetakan kedua pada minggu hadapan.

Baguslah benda ni dah mula jadi trend. Mula-mula NSR, sekarang Universal Music. Harap-harap lepas ni syarikat rakaman lain pun akan buat benda yang sama. Sayang banyak khazanah muzik negara yang tenggelam macam tu sahaja. Khabaranya cd ini di ambil dari piring hitam dengan menggunakan "Digital Quality 16-Bit Remastered". Soundnya kira boleh tahan lah.


Bagi yang tak tahu, album ini dulu pernah mencetuskan kontroversi. Kena tarik balik pengedaran dan penjualannya setelah seminggu berada dipasaran atas perintah mahkamah. Masa tu kes saman menyaman antara Search dan Syarikat rakaman Polygram. Khabarnya ada beberapa lagu yang sebenarnya hendak digunakan untuk album Fenomena telah digunakan dalam album ini. Tu yang jadi kes mahkamah tu. Sesiapa yang hidup zaman tu tahu lah kes antara Search dan Polygram ni.

Sejujurnya dulu tak sempat pun nak beli album ni. Sekadar pinjam kawan. Cuma ada kaset yang seterusnya iaitu "Berpaling", tu pun dah hilang dah. Album ini mengandungi 4 lagu baru ( Di Pintu Sepi, Setelah Hujan, Kepala Angin dan Gadis Ayu). Yang lainnya adalah lagu-lagu dari album sebelumnya.


Antara memorinya ialah lagu Kepala Angin yang oink oink tu. Pasal lagu ni dah dengar dulu dalam filem "Kepala Angin" lakonan Azmil Mustapha dan Jacqueline Mitchell. Ada siapa-siapa ingat filem ini? Lama dah tak main kat tv.

Satu lagi lagu yang jadi tajuk album. Beriya-riya kononnya nak buat efek buka pintu guna gitar setiap kali pergi jamming dan berbalah adakah bunyi tu bunyi pintu sebenar atau guna gitar...sampai sekarang pun tak dapat jawapan.


*Khabarnya Universal Music juga akan riliskan cd "Berpaling" minggu depan. Best!...tapi lagi satu berita yang best..."Mentari Merah Di Ufuk Timur" akan dipiringhitamkan...fuh!!!...boleh pokai kalau macam ni....






19 comments:

  1. Aku ada kaset ni, kenangan masa silam sangat. tapi ntah gerobok celah mana ntah
    Kalau jumpa cd ni aku akan beli.
    Tapi kalau limited susah sikit la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 memang limited 500...tapi 2nd press nanti tak tau la berapa banyak...

      Delete
  2. aaarghhh seram aku baca sold out tu. harapnya aku dapat beli cd ni. klu mentari merah tu piring hitam aku beli juga hahahahaha terbaikkkk..

    ReplyDelete
  3. ohya ada satu lagi,. ada isu kan pasal hologram tu... untunglah sapa dpt tak ada stiker holo tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...dulu kontroversi mahkamah...sekarang kontroversi hologram la pulak...badi album ni...

      aku punya takder...heheh...

      Delete
  4. 2 minggu lepas hari jumaat baru main filem Kepala Angin.

    Satu fakta yang patut tahu... dalam filem tu ada lagu Kepala Angin versi Azmil Mustafa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau aku tak silap lagu Fantasia Bulan Madu pun ada dalam filem ni kan?...aku dah lama tak tengok...tak ingat...

      Delete
  5. Patut la lepas ko cakap dah beli haritu,ptg tu aku pusing satu kl haram tak jumpa.call member kat pertama dia ckp sold out,kt campbell sold out.
    Tapi Belantara dia under universalkan?harap2 ada pa versi reissue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar khabar macam dia nak rilis Junction dulu...

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kenapa universal x mastering semula dari master tape...kenapa piring hitam...yg nsr plak remastered dari kaset...adui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. album ni asalnya bawah polygram...dah tak ujud pun co. ni...universal music beli dia punya hakcipta...tapi rasanya master tape pun dah hilang ntah kemana...tu pasal lah terpaksa remastering dari LP...

      Delete
    2. tp yg pelik lagu di pintu sepi dan setelah hujan dalam album kompilasi search no.1 2006 bunyi digital jek...xde langsung bunyi cm piring itam..ni yg aku xpuas ati...

      Delete
  10. source piring hitam... masih ada clicks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...sound cd ni masih ok...banding kalau remaster dari kaset.

      Delete
  11. cter terbaru, cd CBM, LDB, MMDUT tlah dcetak lgk utk dpasarkan...npknye nti sume album search dri CBM hingga Berpaling akn berada dpasaran...pehh rase nk sapu habis sume klu lah ade wet bnyk..heheh

    ReplyDelete