Monday, July 25, 2016

Agents Of Fortune

Lama dah tak cerita perihal album 70an...sempena ulang tahunnya yang ke 40 pada Mei yang lalu...


Blue Oyster Cult - Agents Of Fortune (1976)

2 perkara buat saya kenal Blue Oyster Cult. Gitaris Donald "Buck Dharma" Roeser yang terlibat dalam projek Stars dan lagu "(Dont Fear) The Reaper". Kedua-duanya adalah penyebab untuk saya membeli cd ini.

Blue Oyster Cult adalah sebuah band hard rock 70an. Ada juga yang mengelarkan mereka sebagai sebuah band awal terhasilnya heavy metal. Mungkin benar juga walaupun sound mereka bukanlah seberat Black Sabbath ataupun Deep Purple. Tetapi mereka semestinya sebuah band yang ibu bapa di tahun 70an tak mahu anaknya dengar.

Saya dicadangkan untuk membeli album ini untuk mula mengenali mereka. Ternyata ianya pilihan yang tepat. Bukan sahaja kerana di dalamnya ada lagu mereka yang paling dikenali di dunia, "(Dont Fear) The Reaper", tetapi lagu-lagu lainnya juga bagus.

Sayangnya seperti kebiasaan kalau sesuatu album itu ada lagu yang super hits, lagu-lagu lainnya menjadi agak tenggelam. Macam susah juga bila semua lagu dibandingkan dengan "(Dont Fear) The Reaper". Saya mengambil masa juga untuk hadam lagu lagu yang lainnya. Tetapi lagu-lagu seperti "E.T.I (Extra Terrestial Intelligence)", "Sinful Love, Revenge Of Vera Gemini", "Morning Final" juga boleh tahan. Tambah pula kerja gitar yang baik dari Buck Dharma.

Jika anda gemarkan sound rock 70an, rasanya tak susah untuk anda menyukai album ini.

**entah mengapa, sejak kisah "more cowbell" macam rasa terngiang-ngiang pula bunyi cowbell dalam (Dont Fear) The Reaper. Dulu macam takder bunyi tu pun...haha...






5 comments:

  1. Aku kenal BOC ni pun dari metallica garage inc.dgn kat game guitar hero.nanti aku beli la satu album diorang nak try dengar

    ReplyDelete
  2. ni klu aku jumpe cd ni kt kdai cd.. tgk pd cover kompom aku tak tau ianya adalah album rock.. pasal bandnya pun aku tak pernah tau.. ngehehe

    ReplyDelete
  3. hidup rock 70an gitu.. hihh hihh

    ReplyDelete
  4. banyak membantu blog ni utk aku mengenal band2 lama.. terbaik

    ReplyDelete
  5. Era 70an selain bunyi yang lemak berkrim, artwork album pun menarik dan lawa2..

    ReplyDelete