Tuesday, December 27, 2016

Hukum Karma

Benda yang paling hot bagi golongan pengumpul piring hitam dan peminat Wings dalam seminggu dua ni...


Wings - Hukum Karma (versi piring hitam 180g - keluaran semula 2016)

Telah mula berada di pasaran pada 19hb Disember yang lalu. Didatangkan dalam 2 warna edisi terhad (Hitam 300 keping dan Merah 150 keping). Itu pun dah "sold-out" beberapa jam selepas dibuka untuk "pre-order". Dasyat betul....


Terimakasih kepada Saudara Zan Din dan rakan rakan yang berusaha merealisasikan terbitan ini. Kalau tak...tak merasa la orang macam saya yang acah acah kononnya nak mengumpul piring hitam atas pengaruh rakan sebaya...haha...
Nak cari yang 1st press memang tak mampu la dengan harganya...


Golongan marhaen cuma mampu yang warna hitam. Jadi la. Tapi sound memang tip top. Berdentum! Khabarnya pressing dari Germany. Memang puas hati.


Disertakan juga dengan poster. Khabarnya ini juga atas inisiatif Saudara Zan Din. Kalau ikut label memang takder pun.. Tabik la pada beliau...

Bagi yang tertinggal...khabarnya atas permintaan ramai, Januari ini akan ada pula versi warna biru. Sesiapa yang teringin tu boleh la cepat-cepat buat tempahan.



Apa-apa pun memang puashati!...Tak sabar pula nak tunggu Darjah Satu.

Next...khabarnya Ella - Pengemis Cinta...ni skip la...tak mampu dah...pokai dah anak nak naik sekolah...tapi yang lepas tu...Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia...memang tak boleh miss la..huhu...




16 comments:

  1. Replies
    1. Jepun tu Darjah Satu...yang ni kalau tengok kat promo memang tulis Germany...

      Delete
  2. Xpdc ngan ella pun aku skip.mmg tak larat la nak kejar.kena slow down dah..heheh

    ReplyDelete
  3. sempoi.. tengok cover depan tu rasa macam nak berendam kat sungai pulak..

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh aku nak kau belikan aku satu, nanti kau pass aku.
    Tapi, aku skip la.. maybe next time

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak...mesej jer aku...nanti aku book sekeping..

      Delete
  5. fuhh, meleleh airmata aku tengok vinyl hukum karma nih, al-maklumlah nak beli tak mampu.. huhuh
    btw.. ayuh jom ke blog yusrina, kerana ada kumpulan febians menanti anda disana.. yeahh yeahh

    ReplyDelete
  6. syukurlah aku tak terjebak format yg satu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la beli sekeping...buat perhiasan gantung dinding pun takper...lepas tu tengok la apa jadi...dari satu jadi dua...dari dua jadi 10...hahaha...

      Delete
    2. hahahah... macam aku aje... perli ek?

      Delete
  7. sempoi bro!! nasib baik masih dapat kawal nafsu dr terjebak dgn LP nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...try la sekeping dulu...buat geli2...haha...

      Delete
  8. Replies
    1. Jual kaset tu...main lp pulak....haha...

      Delete
  9. terbabit sudah... darjah satu pun dah book... aduii

    ReplyDelete