Wednesday, December 7, 2016

Lightning Strikes

Yang dah 30 tahun...


Loudness - Lightning Strikes (1986)

Lagi dari tahun 1986. Album kedua berbahasa inggeris dari Loudness. Dah cerita panjang lebar dah masa entri Shadows Of War 5 tahun yang lalu. Makanya tak payah la cerita lagi. Sila baca <SINI<

Bezanya 5 tahun yang lalu belum memiliki versi piring hitam. Kali ni boleh la sikit-sikit nak riak piring hitamwi...haha...nasib kasetnya dah hilang...kalau tak...dah tentu-tentu riak gila formatwi...huhu...


Buat yang malas nak baca entri lama, secara ringkasnya Lightning Strikes adalah versi pasaran Amerika untuk Shadows Of War. Maka soundnya lebih bersih, lebih "polished" khas untuk selera orang Amerika. Susunan lagu pun berubah dan tajuk lagu Shadow Of War pun ditukar menjadi Ashes In The Sky.

Highlight utamanya dah tentu-tentulah kerja gitar Akira Takasaki. Memang hebat. Dia ni kalau mat salleh dah lama dah jadi lejen.


Ashes In The Sky, Let It Go, Dark Desire dan Black Star Oblivion adalah antara yang menjadi hidangan halwa telinga ketika zaman remaja.

Budak budak rock melayu zaman tu kalau tak kenal Loudness memang tak tau la nak cakap apa...






4 comments:

  1. Pergghh..dia nak tayang piring dia rupanya..hahaha..baru tadi dpt msg xpdc darjah satu pun nak kuar vinyl.rm200..tggu duit brim..heheh.
    Ini mcm baru la "lock n loll"

    ReplyDelete
  2. piring hitamwi hahaha suka ayat ni. kiranya album pasaran jepun tu lah yg mantap kan.. jap nak dgr kat utube hehe

    ReplyDelete
  3. aku kureng la zaman Loudness buat album pasaran international.
    Mungkin sound rock kot.
    aku suka dorang main heavy metal first four albums Japan.

    ReplyDelete
  4. 'Highlight utamanya dah tentu-tentulah kerja gitar Akira Takasaki. Memang hebat. Dia ni kalau mat salleh dah lama dah jadi lejen'..

    aah aah.. pembetulan berteromber, siapa cakap akira takasaki tu belum bergelar lejen..?
    silap besar tu bro, beliau adalah antara top 10 lejen di Asia la Bert, walaupun tidak sampai hingga jadi lejen di peringkat world, tapi pujian harus diberikan jua kpd Akira ni,
    kerana tanpa beliau, mana mungkin Loudness boleh bertahan sampai sekarang.. just bagi pendapat aje..
    peace yo.. hehe

    btw..jom singgah ke blog yusrina, kerana band Whitesnake sedang menunggu anda untuk dipatuk.. hahah

    ReplyDelete