Monday, December 5, 2016

Kiss Unplugged

Yang 20 tahun pada tahun ini...


Kiss - Unplugged (1996)

Antara perkara yang paling trendy di pertengahan 90an adalah MTV Unplugged. Sebagai sebuah band yang paling pandai dalam urusan perniagaan muzik, sudah semestinya perkara yang boleh menjana duit seperti ini tidak akan terlepas dari pandangan KISS.



Saya bukanlah peminat siri MTV Unplugged. Tetapi siri yang membabitkan KISS ini agak menarik sebenarnya. Satu kejutan juga sebenarnya dari mereka. Tidak siapa menyangka ianya menampilkan anggota asal KISS iaitu Ace Frehley dan Peter Criss. Tak kisahlah walaupun 2 lagu (2,000 Man dan Beth) kerana ianya kali pertama original line-up bergabung semula selepas tahun 1979. Tambah menarik bila dapat dengar lagu Beth secara akustik gitar. Rasa macam lagi sedap pulak banding dengan piano.


Best juga bila kesemua mereka termasuk ahli yang ada pada ketika itu, Bruce Kulick dan Eric Singer memainkan lagu
"Rock and Roll All Nite" dan"Nothin' to Lose" secara beramai-ramai. Pilihan lagu juga menarik walaupun pada ketika itu banyak juga lagu-lagunya yang saya tidak pasti dari album mana. Kiranya album ini banyak juga mengenalkan saya kepada lagu lagu KISS.

Sayangnya saya mengharapkan adanya lagu Heaven On fire. Tapi lagu itu tidak dimuatkan walaupun mereka ada memainkannya pada malam tersebut. Walaubagaimana pun plug ke tak...KISS memang hebat!




5 comments:

  1. kiss = cium , tapi ciuman itu tak semestinya sama dengan kumpulan kiss kan..?
    anda faham..! kalau anda pun tak faham, aku lagilah tak berapa nak paham.. haah haah

    ReplyDelete
  2. Aku suka tengok version video tunjuk start dorang jumpa balik, rehearsal semua, then ada got to choose kot satu lagu extra.
    Also tu jam ada bootleg for whole show segala kesilapan dan apa je la.. ooohh yang versi video pun ada tunjuk Gene Simmon mistake lagu Unholy 9r apa ntah dari Revenge album.
    Waahhhhh aku cara tulis adah tahu aku minat Kiss.
    Damnnnnnn kawan aku panggil Kiss cheesy dan kutuk2 Kiss.
    Hahahaa

    ReplyDelete
  3. Dulu unplugged mmg top betul
    Sampai tempias dia pun retis malaysia nak ikut.awie unplugged la ziana zain unplugged la..heheh

    ReplyDelete
  4. unplugged paling dikenang dah tentulah Nirvana Unplugged!

    ReplyDelete
  5. yg unplugged aku ada search je..

    ReplyDelete