Friday, January 27, 2017

Ebay

Sedikit nak cerita pasal ebay. Pasal ada juga yang tanya.


Ini pengalaman saya yang menggunakan perkhidmatan ebay sejak dari tahun 2009 dengan jumlah pembelian setakat entri ini ditulis adalah sebanyak hampir 400 kali.

Antara barangan yang pernah dibeli termasuklah cd, lp, buku, basikal dan aksesorinya (kawan kirim) dan juga alatan memancing (ini pun kawan kirim)

Nak kata selamat sememangnya selamat. Kalau barang tak sampai memang tiada masalah untuk minta refund dari penjual. (tetapi mesti buat report dalam tempoh masa yang disediakan dan ianya boleh juga direct deal secara budi bicara dengan penjual. Penjual yang rating tinggi sememangnya tak akan menipu)

Sepanjang pengalaman saya cuma ada 2 kali barang tak sampai. Yang satu tu dipulangkan semula jumlah wang manakala yang satu lagi pula, penjual menggantikannya dengan cd yang baru.

Tapi nak jadi cerita, yang ganti cd tu sebulan selepas tu dua-dua cd pun sampai. Rupanya cd yang pertama tu tersesat ke negara lain. Padanlah lambat sampai. Tak tau lah nak rasa untung atau bersalah...haha...


Ini contoh tersesat ke negara lain. Ada beberapa kali juga berlaku. Entah kenapa pos ke Malaysia dah beberapa kali tersesat ke India dan Sri Lanka. Mungkin dorang ingat Malaysia ni adalah sebuah negara kat kawasan belah sana kot...

Ada juga kes beli cd lain sampainya pula cd yang lain. Tapi penjual mengantikannya dengan tanpa banyak soal. Tapi yang paling saspen terbeli cd dari Israel. 3 keping pulak tu. Tak perasan seller dari mana. Sibuk check harga dan postage murah, sampai tak perasan pula seller dari negara mana. Tawakal sahajalah ingatkan dah kira "burn" dah. Tapi tak sangka pula 3 bulan lebih selepas tu barang sampai dengan selamat. Tak kena tahan pulak dengan kastam.

Bab kastam pula, saya agak bernasib baik. Banyak juga yang dibuka dan diperiksa oleh mereka. Tetapi setakat ini memang tak pernah pula kena tahan. Mungkin cd-cd yang saya beli tak lah seganas dan sesetan mana.

Cara pembayaran pula paling mudah dan selamat  adalah menggunakan pay pal. Ada masalah memang senang dapat refund. Tapi kalau nafsu tu susah nak kawal (macam saya), baiklah pay pal tu disambungkan ke debit kad. Cuma guna duit apa yang kita ada. Kalau pakai kredit kad memang sedap waktu beli...bila sampai statement baru rasa nak menangis...hahaha...


Sekarang ni agak "slow down" dalam e-bay. Matawang kita pun teruk dah. Tak larat tengok. Dulu ada seller (e-stock dari UK) yang bagi free postage. Bayangkanlah convert ke RM pun baru dalam belas-belas ringgit ajer sekeping cd. Bawah RM10 pun ada. Mana tak kemaruk tiap-tiap minggu beli. Borong habis. Mungkin selepas tu baru dorang perasan kot, harga postage lebih mahal dari harga cd yang dia jual. Lepas tu terus stop. Tukar nama company baru tapi dah tiada lagi pos percuma. Tapi masih murah lah dia charge GBP1.50 untuk pos.

Tetapi antara pengalaman yang menarik masa kemaruk mengebay adalah kunci jam pukul 2,3 pagi semata-mata tak nak kalah bid. Dia biasa time last minute tu lah yang gila gila punya bid. Paling saspen bila 10 saat terakhir, line internet pulak buat hal dan kita kalah bid hanya 20 sen. Memang tension betul...hahaha...

Tapi sekarang jarang dah "bid". Lebih suka beli yang "Buy it now". Lebih mudah.

Ok...itulah serba sedikit pengalaman 8 tahun mengebay...terimakasih.





27 comments:

  1. aku tak pernah lagi nak membeli gaya Ebay nih. ade pon kirim dgn kawan sbb takdek paypal. satu hari nak cuba jugalah. tapi yg aku tgk skrg mmg betul harga postage lagi mahal dari harga item.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paypal ni mudah jer sebenarnya...tak cuba memang tak tau..

      Delete
  2. pengalaman aku ber-ebay lebih kurang sama macam bert
    - beli CD/DVD setakat ni alhamdulillah semua sampai
    - cuma sekali saja salah CD, order megadeth dapat freddie mercury
    - pernah dapat CD pirated, tapi lepas buat report dapat refund (dan cd tak payah pulangkan)
    - pernah beli barang tak sampai2 (pikap gitar), buat report paypal dan slow talk dengan seller, seller gantikan baru
    - ada beberapa kali CD dibuka oleh KDN, tapi semua lepas
    - pernah juga bungkusan sesat ke maldives, tapi sampai juga akhirnya ke malaysia
    - selain CD/DVD, pernah beli t-shirt, PC games, spareparts gitar, multi-fx gitar dan gitar hahaha (ya beli dari satchman)
    - juga pernah beli spinning reel pancing, serius! tapi dari penang je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling besar dan paling mahal aku pernah beli adalah basikal...Harga seribu lebih...beli dari US...member kirim...

      Delete
  3. wow nasiblah aku tak pandai guna ebay ni haha.. ada juga masuk dlm ebay tu tgk2 memang sedap mata memandang barang2 dia jual. bab paypal tu aku tau guna, hari tu ada beli kaset aku org thailand dia nak bayar paypal aku tak ada, pinjam kawan punya paypal haha.. tgk koleksi kat atas tu perggghhh

    ReplyDelete
  4. aku pulak hanya guna cara online kat facebook ajer, setakat ni takde masalah, semua seller jujur, janji kita pilih seller yg punyai rating tinggi (betul kata bert tu)..

    btw.. nice info dan panduan yg berguna utk kita semua.. TQ bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli tempatan ni yang bestnya cepat sampai...oversea ni jenuh menunggu...rekod paling cepat 5,6 hari...dari jerman...tapi biasanya sebulan lebih la...

      Delete
  5. Bid apa yang kalah 20 sen tu? Sedihnya.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...banyak kali kena...bid $10...yang menang tu $10.20...hampeh betul...haha...

      Delete
  6. Aku mmg tak penah lagi try ebay ni.paypal pun takda.memula ingat nak wat paypal gak dulu.tapi bila fikir balik main klik je kt situ,tau2 duit susut.tu yg rasa nak nangis tu..heheh..btw cd deep purple yg kasi dulu tu mmg yg dapat dua la yek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cd deep purle...kira rezeki ko la tu...haha...

      Delete
  7. Cantik je koleksi ko. Ebay.. dulu aku suka masuk ebay, sekarang jarang sangat. Kalau masuk pun buy it now. Sometimes ada benda aku carik, aku masuk dua dua ebay.com dan ebay.co.uk pasal kadang keluar satu tak keluar lagi satu.

    ReplyDelete
  8. Aku tak berani lg ebay.. xpandai pun.. gagal je ghase..

    ReplyDelete
  9. Saya byk bli kat music magpie. Kos penghantaran baru rm8. Byk bli CD 2nd ja. Tp ok la. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Music Magpie tu dulu namanya E-stock...masa zaman free postage...

      Delete
  10. Best baca pengalaman ebay bro nie..belum lagi jadi collector tegar nak guna servis camnie walaupun dah buka akaun paypal dulu...

    ReplyDelete
  11. Aku pula rasa hampir bersara dalam egay.... atau hiatus?

    ReplyDelete
  12. Bang, saya harap abang balas lah komen saya ni. Saya firstime beli barang dekat ebay. Barang dari hong kong. Android box. Waktu saya beli rating baik punya. 100%. Saya beli tarikh 11 May 2020. Dia bagi no. Tracking. Bila track takde record apa pun (singapore post). Seller tak respon apa apa. Saya check rating tadi. Rating seller jatuh 81.6% negative komen soal fake tracking apa semua. Jujur ah bang. Patut saya tunggu sampai last estimated date (28 July 2020) atau terus request refund bang? Saya dah ah miskin bang. Walaupun murah. Tapi rm100 lebih gak bang.

    ReplyDelete
  13. Ni jawapan ikut pengalaman... Bukan semestinya betul... Kalau beli 11 may tu baru lagi... Zaman covid-19 ni mmg byk pos dari negara luar yg tergendala... Sebab kurangnya flight kapalterbang... Tracking pos tu boleh jer check guna tracking Pos Malaysia jika dia guna pos negara dia bukannya syarikat courier... Tak pun guna International tracking post... Ni lagi detail... Tapi kalau mmg seller dah ada rekod buruk... Ada komplen yg kata dia tipu...mesej pun tak jawap... Report jer kat ebay... Atau PayPal jika bayar guna PayPal..
    Boleh minta refund... Semoga dapat membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay terima kasih bang kerana bantu. Semoga dipermudahkan segala urusan abang...

      Delete
  14. Assalam bang... Saya ade beli barang kat eBay.. bid lah.. ble saya menang tetibe seller cakap yg postage kne Naik sbb costing.. pastu saya cakap yg ikot lah eBay punye undang2.. Pas saya bayar (PayPal) seller trus senyap sampai skrg xde respond mesej saya... Mcmane nak refund yer atau berapa lama tempoh untuk seller shipping?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Dari apa yang saya tau la…polisi ebay seller kena pos dalam tempoh 30 hari tapi kita as buyer tak boleh report selagi belum sampai tempoh 30 hari tu
      Selain tu kita boleh check juga tarikh estimated delivery…kalau barang masih tak sampai pada tarikh tu, kita boleh buat report barang tak sampai bermula dari sehari selepas date estimated delivery tu (ebay bagi masa 30 hari dari tarikh tu untuk buat report)
      Tetapi kadang2 ada seller yang tak update kat ebay bila dia pos… jenis macam gini memang kena contact seller la… dan ada juga seller yang bila barang masih tak sampai selepas estimated delivery date minta kita tunggu dalam seminggu dua lagi takut company courier yang lambat... kita as buyer boleh jer tunggu tapi jangan lebih 30 hari...nanti dah tak boleh buat report.

      Harap dapat membantu…hmmm… dah macam jurucakap ebay dah ni…hahaha…

      Delete
  15. Mmg lepas ke kalau beli barang from israel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok nasib... ada kawan beli tapi kena tahan...nasib saya lepas...

      Delete
  16. This is a very informative blog. Thank you for sharing this blog. The way you present your information attracts visitors. Order eBay .

    ReplyDelete