Sunday, April 23, 2017

The Ultra-Violence

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 23hb April...


Death Angel - The Ultra-Violence (1987)

Album yang mengimbau kenangan zaman remaja. Salah satu yang pertama kali dengar dah suka. Mungkin pada ketika itu sangat terpengaruh dengan band-band thrash dari Bay Area. Apa sahaja yang keluar dari sana memang akan terus suka.

Tetapi tak boleh dinafikan Death Angel memang best pun. Memang sedap. Straight forward thrash. Laju, catchy dan ada juga yang berbunyi seperti Metallica. Maklumlah demo mereka sebelum ini pun Kirk Hammet yang terbitkan. Pengaruhnya dah tentu ada.


Seperkara yang menarik perhatian adalah tentang umur mereka yang hanya belasan tahun ketika album ini dirakamkan. (Andy Galeon - drummer hanya 14 tahun). Tambah pula mereka kesemuanya berketurunan Filipina. Berdarah Asia. Dah tentu-tentulah kita yang dari Asia Tenggara pun tumpang bangga.

Tak padan dengan usia. Skill muzik mereka mengalahkan yang lebih berusia. Hebat! Rif dan melodi yang catchy. Solo solo gitar yang berhantu. Produksinya pun boleh tahan. Mereka memang berbakat besar. Sayangnya nama mereka tidak menjadi besar seperti yang sepatutnya.

Track pilihan - "Voracious Souls", "Mistress of Pain", "Thrashers", "Evil Priest"

Mat thrash patut ada album ni. Wajib!




5 comments:

  1. Sayang sekali band yg bagus mcm ni..x dikenali ramai..
    Album yg ckup bgus...mmg kena ada dlm rak mat thrash.

    ReplyDelete
  2. Aku lagi suka Frolic In The Park.
    Cold Gin Time Again. Speed sama siot. Dorang tak speed up kan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frolic In The Park pun best...tapi fav aku Act III.

      Delete
  3. rasanya band ni perna dtg kl main kat onecafe klu tak silap

    ReplyDelete
  4. No wonder la kirk hammett nak terbitkan demo diorang pasal dia pun ada darah filipin.mak dia kan org filipin.Death Angel ni sygnya media kurang bagi perhatian.kt metal hammer pun jarang ada

    ReplyDelete