Friday, April 21, 2017

Shell V-Power Ferrari 1:38 model Cars Collection

Selain mengumpul muzik secara fizikal dan sedikit bahan bacaan, saya juga pernah mempunyai beberapa hobi yang lain. Salah satunya adalah ini…


Tak ingat dah dari tahun berapa. Mungkin 2006 dan 2008. Malas pula nak mengoogle. Dulu memang rajin beli bila Shell buat promosi model kereta Ferrari macam ni. Tak pasti sekarang ada lagi ker tak. Dah jarang isi minyak Shell. Berapa RM sebijik pun dah tak ingat...


Sebenarnya ni ada 2 set dari tahun yang berlainan. Pun dah tak boleh ingat kereta yang mana dan dari set tahun yang mana. Rasanya semua complete. Cuma tak ada yang special edition warna kuning. Yang tu kalau tak silap kena beli minyak hitam baru boleh dapat.


Dulu simpan dengan elok. Siap letak dalam gerobok cermin. Cantik berkilat. Sayangnya setiap kali hari raya, atau kawan-kawan yang bawa anak bertandang. Habis semuanya dikerjakan budak-budak. Anak sendiri pun tak pernah berani sentuh tapi anak-anak orang pula yang terlebih. Paling geram bila mak bapanya pula buat muka tak bersalah. Geram punya pasal akhirnya simpan semua dalam stor. Habis cerita.


Kalau ikut yang tercatat di bahagian bawah kereta ;

Baris hadapan dari kiri ke kanan
575 GTC, F40, F2005, 599 GTB Fiorano, FXX, FXX Evoluzione, 360 Challenge Stradale

Baris belakang dari kiri ke kanan
F430, 250 GTO, F40 Challenge, F50, Enzo Ferrari, Superamerica, 360 Spider


Hobi yang ini memang dah mengendur....tapi kalau tahu Shell ada buat promosi macam ni lagi...memang konpem la akan dibeli...haha..


*tengah pikir nak letak kat mana benda-benda ni semua...stor pun dah sesak sampai tak boleh nak masuk...





7 comments:

  1. Perghh..kalah tmj tgk koleksi keta mcm ni.heheh..susun letak dlm bilik audio la.sambil putar vinyl layan mata tgk keta tu.bilik aku buat mcm tu.susun semua action figures bila putar rekod,sambil dgr lagu sambil layan mata

    ReplyDelete
  2. Nasib baik dah ajar anak do and donts di rumah orang. Masalah melompat atas sofa tu ja belum settle.

    ReplyDelete
  3. Rajin abg kumpul... Menarik n cantik bila disusun.. Ferrari yg More jutaria tu ade x modelnye kat situ?

    ReplyDelete
  4. ok, yang tin shell tu aku complete skali dengan lori tanker :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha alaa tanker tu promo baru2 nie kan

      Delete
  5. Ni jangan sampai Mohd Shafid baca entry blog ni.

    ReplyDelete
  6. hahaha mesti berapi2 hati masa anak2 tu kacau wahahaha

    ReplyDelete