Wednesday, April 19, 2017

Sin After Sin

Yang 40 tahun pada 8hb April yang lalu...


Judas Priest - Sin After Sin (1977)

Kali pertama mendengarnya secara penuh adalah melalui cd mp3 discography Judas Priest yang di beli di sebuah kedai buku di Desa Pandan lebih kurang 20 tahun yang lalu. Masa beli tu tak tahu pun apa itu MP3. Pelik juga kedai buku ada jual cd rock. Ingatkan seperti cd biasa. Rupanya ia hanya boleh dimainkan di komputer sahaja (pada ketika itulah). Zaman bermulanya era MP3.

Tapi masa tu tak dengar sangat pun. Tak berapa suka dengar lagu menggunakan komputer. Tetapi tahu juga beberapa lagunya terutama yang terdapat di dalam kompilasi "Metal Works 73-93". Paling biasa dah tentu-tentunya "Dissident Aggressor" kerana ianya di bawakan oleh Slayer dalam album mereka "South Of Heaven".


Mendengarnya secara betul bila dapat memiliki cdnya beberapa tahun yang lalu. Ianya Judas Priest yang sedikit berbeza dari yang biasa di dengar di era leather jacket mereka di tahun-tahun 80an. Penerbitnya pula adalah Roger Glover dari Deep Purple. Banyak juga lagu-lagunya yang ke arah proggresif rock 70an. Lagu "Last Rose of Summer" walaupun agak janggal di telinga saya yang hanya mula mengikuti mereka dari era 80an tetapi ianya memang mengasyikkan. Lazat.

Tetapi lagu-lagu seperti "Sinner" dan "Dissident Aggressor" telah mula menampakkan arah tuju mereka di masa hadapan terutamanya trade mark gitar solo berkembar KK dan Glen. Tetapi yang menarik perhatian adalah ketukan drummer jemputan mereka, Simon Phillips. Memang power!



6 comments:

  1. Album JP era 70an mmg aku taktau.hehe..tau album era 80-90an je.roger glover producer eh

    ReplyDelete
  2. Simon Philips untuk aku sangat mengujakan.
    Macam kena pukau tengok dia main bila dia sama dengan Toto, baik secara live, atau pun dalam bentuk dvd dan youtube.
    Bila dia keluar TOTO, aku sangat2 kecewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...dia semua genre dia bantai...metal..rock...pop...jazz...memang power la...

      Delete
  3. Aku kenal JP nie masa album Paint Killer 1990, tapi 1991/92 baru dengar kaset kot..Era 70an nie memang dengar mp3 je, tak berapa boleh masuk album2 sebelum Hell Bent For Leather/Killing Machine..

    ReplyDelete