Monday, May 29, 2017

Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band

Ulang tahun yang ke 50 pada 26hb Mei yang lalu...


The Beatles - Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1967)

Rasanya ramai yang sedang membaca ini tak lahir pun lagi ketika album ini diterbitkan. Saya pun. Maklumlah muda remaja lagi la kan...hahaha...

Saya sendiri hanya betul-betul cuba mendengar The Beatles pada awal tahun 90an. Sudah semestinya album ini antara yang awal dicari. Pertamanya kerana baru sedar yang The Beatles bukan hanya berkenaan dengan pop yeh yeh. Tambahan pula album ini boleh dikatakan sentiasa ada di tangga teratas dalam senarai album terbaik sepanjang zaman dari pakar-pakar muzik seperti majalah Rolling Stones contohnya.


Oleh kerana itu, album ini memang patut ada jika anda seorang pengemar muzik. Ini adalah zamannya The Beatles bereksperimen dalam muzik mereka. Tiada lagi imej pop teen idols. Muzik mereka lebih matang. Tak pandai nak ulas. Bukan pakar dalam muzik sebegini. Kalau majoriti mengatakan ianya antara album terpenting dalam sejarah. Siapalah saya untuk menafikannya. "With a Little Help from My Friends" "Lucy in the Sky with Diamonds" dan "A Day in the Life" adalah antara yang menarik minat saya.

Cd saya adalah terbitan tahun 1987. Diterbitkan bersempena ulang tahun ke 20. Apa yang menarik tentang cd ini adalah kerana ianya pertama kali album ini diterbitkan dalam bentuk cd. Sudah semestinya berbeza dengan versi vinyl asal dalam bentuk mono. Sesuai dengan peredaran masa ianya diterbitkan semula dalam bentuk stereo. Tetapi saya tak pernah mendengar versi mono, makanya tak bolehlah nak buat perbandingan.


Untuk sesiapa yang berminat, boleh cuba untuk mendapatkan boxset cd versi 50 tahun. Ianya melalui proses mixing semula oleh Giles Martin. Anak kepada penerbit asal, George Martin. Di dalamnya ada 6 disc termasuk 5.1 surround dvd dan blu-ray. Memang dasyat. Terutamanya jika anda pengemar Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band.

Untuk saya...cukuplah versi yang ini...tapi kalau dapat vinyl pun best jugak...teringin nak dengar versi mono dalam vinyl...




5 comments:

  1. Ada peluang semua aku nak kumpul sebijik sebijik tapi last few albums aku tak paham la si Bewtles ni. Tapi yang pertengahan tu album2 revolver dan rubber soul aku minat.

    ReplyDelete
  2. boxset baru dalam bentuk stereooooooo

    ReplyDelete
  3. Ada versi kaset. Album Beatles yang kreatif dan pelik. Yang syok album ni ada subliminal message kononnya Paul dah mati

    ReplyDelete
  4. Tak terikut kalo nak kumpul album beatles ni.

    ReplyDelete