Thursday, June 1, 2017

Into the Pandemonium

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


Celtic Frost - Into the Pandemonium (1987)

Pelik? Ambitious? Mungkin itu yang boleh dikatakan tentang Into The Pandemonium. Terpulang kepada siapa anda bertanya. Ianya mungkin terlalu inovatif bagi sesetengah pihak tetapi sangat kreatif bagi sesetengah pihak yang lain.

Walau apa pun tanggapan peminat, mereka sememangnya band yang berani untuk keluar dari zon selesa dalam membuka ruangan baru untuk muzik metal. Visi mereka memang jauh kedepan. Adakalanya melebihi sempadan (contohnya Cold Lake - 1988). Tetapi walaupun aneh, ianya memang menarik.


Tiada siapa yang meletakkan lagu cover sebagai lagu track pertama. Tetapi itu yang mereka lakukan. Tambah menarik lagu cover tersebut adalah sebuah lagu berentak new wave. "Mexican Radio" dari Wall Of Voodoo menjadi lagu yang lain di tangan mereka. Agak ketagih juga saya mendengarnya. Sedap! Tapi yang lagi pelik apabila mereka sendiri membawakan lagu berentak new wave. "One In Their Pride", sekali dengar membuatkan saya teringat kepada lagu "19" dari Paul Hardcastle.

Memang berlainan mereka kali ini. "Tristesses de la Lune" adalah sebuah lagu opera dengan vokalis wanita. "I Wont Dance" pula sebuah lagi lagu yang ada pengaruh new wave terutamanya di bahagian chorus yang ada suara wanita. Manakala lagu "Rex Irae (Requiem)" pula adalah sebuah lagu yang menjadi ikutan band-band gothic metal kemudiannya.

Saya yang hanya bermula dari era Cold Lake (1988), mungkin tak rasa janggal sangat dengan eksperiman yang dilakukan mereka. Tetapi masih ada lagu-lagu trademark Celtic Frost seperti "Mesmerized", "Inner Sanctum" dan "Sorrows Of The Moon" contohnya. Cuma kali ini kebanyakan lagu-lagunya berunsurkan doom.


Walaupun bukanlah yang terbaik dan konsisten. tetapi Into the Pandemonium berhak untuk dihormati dan dihargai kerana keberanian dan kretifnya mereka. Mungkin ini adalah antara album avant-garde metal terbaik pernah dihasilkan selain album awal Voivod....mungkin...




2 comments:

  1. Aku teringin nak dengo cold lake pasal katanya pengaruh glam rock

    ReplyDelete