Monday, July 3, 2017

Glory to the Brave

Yang 20 tahun pada 27hb Jun yang lalu...


HammerFall - Glory to the Brave (1997)

Lagi album yang banyak kenangan. Dulu selepas kahwin, pernah berhajat untuk berhenti dari metal. Pencen la konon-kononnya. Tetapi bila saya kembali semula menetap di Johor Bahru, berjumpa pula kawan-kawan lama dan akhirnya atas pengaruh rakan sebaya. kembali terjebak semula.

Rhapsody - Dawn of Victory, Hellowen - The Dark Ride dan album pertama HammerFall inilah antara yang menjadi puncanya. Walaupun agak lambat, ketika itu Hammerfall dah keluar pun album no 3, Renegade. Tetapi Glory to the Brave lah yang benar-benar membuatkan saya menjadi kemaruk dengan genre power metal.


Lagu-lagu mereka mengingatkan saya kepada Manowar dan Helloween. Di zaman millenium di mana Nu Metal berada di kemuncak, mereka tampil dengan muzik tradisional heavy metal yang betul-betul mengembalikan saya ke zaman remaja. Melodic power metal dengan shredding solo dan high pitch vokal, sememangnya ianya selera muzik saya.

Semua lagu sedap.



12 comments:

  1. kau lagi hebat, ada versi kaset dan cd... aku *belum ada album ni walaupun peminat (tak berapa) tegar hammerfall

    *sebenarnya ada... tapi malu nak ngaku sebab versi asialink, kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha…aku pun ada versi asia link….

      Hammerfall ni aku cadang nak kumpul semua album…tapi susah nak jumpa yang murah…

      Delete
    2. patutpun gambar pertama tu inlay letak atas jewelcase, nak tutup logo asialink? :D

      Delete
  2. saya pernah memiliki kaset legacy of king..lg fav heading for call n dreamland...cuma saya x berapa gemar dgn vokalnya yg kurang power...hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku pun ada versi asialink.malu nak tepek kt blog.hahaha..tapi album ni mmg best la.dah la masa tu ramai dok sibukkan lim biskit

    ReplyDelete
  4. Kenal dgn hammerfall tahun 1998. masa tu zaman napster, winamp, mp3. beli kompilasi mp3 yang mengandungi salah satu album terbaik mereka - legacy of the kings. bila dah berkemampuan, beli lagi album original kedua hingga ke 7. dan jumpa album legacy of the kings versi asialink kat kedai uncle di wisma campbell. mmg susah nak cari cd original glory to the brave and legacy of the kings. bagi aku, hanya album pertama dan kedua dan mungkin ketiga yang menarik. lain tu mcm typical power metal. speed, power, melodic tapi tak mampu lagi menarik. sekali dgr 2-3 lagu trus simpan dekat rak. album pertama dan kedua ni lain skit. masih ulang dengar time to time. the best in in 80s then 90s but not 20xxx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...dua album 1st tu memang album wajib...tapi mungkin juga masa tu zaman awal kebangkitan power metal...terasa kelainannya...selepas tu dah banyak band buat...dah rasa biasa-biasa ajer...

      Delete
  5. betul. power metal tak boleh terlalu refine perlu maintain element speed metal and probably some thrash injection. melody untuk orang melayu mesti catchy dan ada hook. kalau setakat jeritan high pitching sajer x guna. cuba dgr latest two album riot immortal soul, unleash the power and classic thundersteel and priviledge of power that is the way to write speed/power metal songs. also not forget to mention rage album dari perfect man, trapped!, the missing link, until black in mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. couldn’t agree more bro...thanks atas cadangan tu...Rage jer yang aku kurang follow...kena cari ni...

      Delete
  6. boleh check full disco hammerfall nak letgo disini

    https://www.facebook.com/groups/363043940526696/permalink/800078780156541/?sale_post_id=800078780156541

    ReplyDelete