Wednesday, January 31, 2018
Friday, January 26, 2018
9 albums that changed my life
Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...
*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...
1 - Scorpions - Blackout (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.
2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang 😀
3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.
4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...
5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...
6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.
7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.
8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak mati😀)
9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...
Sekian. Terima Kasih.

Wednesday, January 24, 2018
Monday, January 22, 2018
Blow Up Your Video
Sudah pun berusia 30 tahun pada 18hb Januari yang lalu...
AC/DC - Blow Up Your Video (1988)
Cd ini diperolehi hanya 2 atau 3 tahun yang lalu. Tahun-tahun yang tengah kemaruk untuk melengkapkan discography AC/DC dalam simpanan. Sebelum itu memang tak pernah dengar. Saya memang agak terlambat untuk memahami muzik AC/DC.
Pertama kali dengar memang kurang berminat. Ini adalah antara cd mereka yang paling kurang diputarkan. 2 lagu pembukaan adalah lagu yang paling menarik. "Heatseeker" dan "That's the way I wanna Rock N Roll". Ada 2,3 lagu lain yang agak catchy juga chorus dan rif -rifnya bila di dengar berulang kali. Tetapi selebihnya hanyalah biasa-biasa dah bolehlah dikatakan sebagai filler.
Pertengahan 80an adalah tahun-tahun kejatuhan AC/DC. Flick of the Switch (1983), Fly on the Wall (1985) dan Blow Up Your Video adalah antara album-album mereka yang kurang digemari. Boleh juga di anggap sebagai filler dalam discography mereka. Nasib juga mereka kembali dengan album hebat, The Razors Edge (1990) selepas dari ini.
Kesimpulannya, Blow Up Your Video adalah album yang perlu anda beli jika anda dalam kategori peminat tegar ataupun untuk melengkapkan koleksi discography mereka.

Labels:
1988,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Saturday, January 20, 2018
So Far, So Good... So What!
Klasik thrash yang dah pun 30 tahun usianya pada 19hb Januari....
Megadeth - So Far, So Good... So What! (1988)
Kalau ingatan saya tak salah (maklumlah dah 30 tahun), kaset So Far, So Good... So What! ini di beli pada tahun ianya di keluarkan iaitu pada tahun 1988. Ketika itu kedai kaset di pekan Ulu Tiram ada menjual dua kaset original Megadeth. Satu lagi adalah Peace Sells... but Who's Buying?. Disebabkan kekangan kewangan seorang budak sekolah yang duit belanja sekolahnya cuma 50sen sehari, maka saya memilih untuk membeli kaset Peace Sells... but Who's Buying? kerana lagu "Peace Sells" ada di dalam pita video VHS Kerrang Kompilation yang saya tonton.
Zaman tak ada google, saya sebenarnya tak pasti yang mana satu album baru. Istilah thrash pun tak pernah dengar lagi. Mengumpul lagi duit belanja sekolah RM11 kemudiannya, (zaman tu kaset ori orang putih adalah RM11) barulah berjaya membeli kaset ini. Kalau tak silap, 2 kaset Megadeth inilah kaset pertama original orang putih saya. Sebelum itu kebanyakannya adalah versi Apache.
2 lagu yang mula-mula buat terikat hati adalah Mary Jane dan In My Darkest Hour. Kemudiannya jatuh cinta pula dengan lagu pertama Abang Mus cipta selepas ditendang dari Metallica, Set The World Afire....dan akhirnya bak kata orang kampung, the rest is history....
Walaupun mungkin dari segi ranking album kegemaran Megadeth, ianya jatuh di no 4 selepas Rust in Peace, Countdown to Extinction dan Peace Sells... but Who's Buying?...tetapi ianya sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Memang Power!
Tapi kalau nak lagi power, cuba cari versi remasters 2004. Soundnya jauh berbeza. Lebih kuat, lebih besar, lebih bersih, lebih umphhh! Tapi biasalah la...tak semua orang boleh terima. Kerana bukan setakat sound yang berbeza, malah ada bahagian-bahagian lagunya juga jadi berbeza. Ianya seperti mendengar versi yang berlainan. Apa taknya.. Rasa pelik pulak dengar ada bunyi trumpet di intro lagu "Into The Lungs Of Hell"...hahaha..
Mungkin bagi yang baru ni dengar tak ada rasa apa pun. Tapi untuk yang dah 30 tahun dan ntah berapa ratus kali dengar, memang rasa janggal. Ikut nostalgia dah sebab dah terbiasa, memang sedap versi asal 1988. Tetapi untuk kepuasan berdentum dengar, memang pilih versi 2004. Terpulang lah masing-masing punya selera.

2004,
cd,
kaset,
Megadeth,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, January 17, 2018
Monday, January 15, 2018
Playback 2017 - The Rise Of Chaos
Accept - The Rise Of Chaos (2017)
Sebuah lagi band yang tak reti reti nak pencen. Walaupun entah berapa kali bertukar anggota tetapi tetap dapat bertahan hingga kini. Hanya Wolf Hoffmann (gitar) dan Peter Baltas (bass) yang masih kekal hingga kini. Vokalisnya, Mark Tornillo pun adalah vokalis yang ketiga.
Bagi yang dah "lost" dan masih beranggapan yang Udo Dirkschneider adalah suara Accept, haruslah menerima kenyataan yang Mark Tornillo sudah pun mempunyai 4 album sejak tahun 2009. Walaupun Udo dah kira sinonim dengan Accept tetapi Mark Tornillo sudah pun membuktikan yang beliau juga sangat layak untuk menjadi suara Accept.
Tahun 2017 adalah tahun yang saya agak kemaruk juga membeli cd-cd band 80an tak kira apa genre yang kembali mengeluarkan album baru. Majoritinya bagus kerana kebanyakan dari mereka menghasilkan album "signature" mereka. Tiada lagi album experimental atau trial and error. Contohnya seperti Kreator, Overkill, Iced Earth, Annihilator malah band-band glam metal seperti LA Guns, Autograph, Mr Big, Warrant, Pretty Boy Floyd dan Steelheart juga menghasilkan album yang berkualiti. Dan Accept - The Rise Of Chaos adalah salah satu contohnya.
Sejak ditubuhkan kembali dengan album Blood of the Nations (2010), mereka terus terusan menghasilkan album album yang berkualiti. Mungkin ianya bukanlah klasik heavy metal 80an seperti Metal Heart atau Balls To TheWall tetapi The Rise Of Chaos mungkin sahaja boleh menjadi klasik modern heavy metal untuk era new millenium. Aggresif tetapi dalam masa yang sama mempunyai rif yang catchy dan melodic, singalong chorus dan solo solo gitar membunuh. Semua yang patut ada dalam buku teks heavy metal.
Senang cakap, jika anda boleh menerima Mark Tornillo sejak Blood of the Nations, anda tidak ada masalah untuk suka album ini. Tetapi jika masih tidak dapat meninggalkan nostalgia Udo, adalah lebih baik cari album-album 80an mereka.
Saturday, January 13, 2018
Berdiri Kembali
Rock N Roll John - Berdiri Kembali (cd single 2017)
Jarang betul membeli cd single band tempatan. Tetapi penangan lagu "Berdiri Kembali" memang kuat. Sejak kali pertama mendengarnya di Radio Ria dalam rancangan, "Vicious Volume", terus terpikat.
Cd single yang cuma berharga RM18 ini di beli secara on-line melalui esachannel.com. Ada 3 buah lagu kesemuanya. Selain "Berdiri Kembali" terdapat juga 2 lagu berbahasa Inggeris yang bertajuk "Drastic" dan "Victory Is Mine". Rock N Roll John bukanlah band baru. Lama dah ada dalam scene muzik indie berbahasa inggeris tempatan. Dulu-dulu ada juga terbaca artikel pasal mereka di dalam majalah ROTTW. Tetapi baru ini lah berpeluang untuk mendengar lagu-lagu mereka. Konsep mereka berdasarkan cd single ini adalah acuan rock n roll, punk dan metal yang sangat melodic dan catchy.
Menariknya cd ini selain ditandatangani oleh ahli kumpulan, ia juga disertakan dengan sebuah poster besar yang juga siap di tandatangani oleh mereka. Memang sedap lagu-lagunya. Tetapi tumpuan utamanya sudah tentu-tentulah lagu yang bertajuk "Berdiri Kembali". Susah nak jumpa lagu melayu yang sebegini. Sangat rekomen untuk mereka yang sukakan lagu-lagu epik jenis"builds up". Mula dengan tempo perlahan, kemudiannya ke sederhana (mid tempo) dan disudahi dengan laju. Ala-ala "Stairway To Heaven", tetapi oleh kerana ianya lebih kepada metal, bolehlah bayangkan lagu seperti "One", "Fade to Black" mahupun "Sanitarium".
Print screen FB Adam John (vokalis, gitaris dan tulang belakang Rock N Roll John) tentang terhasilnya lagu Berdiri Kembali
Mendengarnya mengingatkan kembali era kegemilangan thrash di mana band-band seperti Overkill dan Testament contohnya, banyak menghasilkan lagu-lagu sebegini. Entah mengapa mereka dah tak buat dah lagu-lagu yang macam ini, Sayang betul. Sebenarnya selain lagu-lagu mereka yang heavy, lagu-lagu sebegini juga amat menarik hati.
"Berdiri Kembali" memang sangat catchy melodinya. Sekali dengar dah melekat dalam kepala. Kalaulah lagu sebegini diberi peluang untuk keluar radio. Sudah tentu ianya boleh jadi satu lagu yang popular. Yang tak rock pun boleh jadi minat.
Kepada sesiapa yang belum pernah dengar boleh sahaja cari mereka di youtube. Tetapi adalah lebih elok jika kita membantu bakat tempatan seperti mereka dengan membeli cdnya. Mereka juga ada di iTunes dan Spotify.
Mari sokong produk tempatan!
Wednesday, January 10, 2018
Wordless Wednesday : 30 tahun Pt 2
Labels:
1988,
Bon Jovi,
cd,
Cinderella,
Poison,
Ratt,
rock omputeh,
Stryper
Monday, January 8, 2018
Playback 2017 - Incorruptible
Iced Earth - Incorruptible (2017)
Lama sebenarnya dah tinggal Iced Earth ni. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah ketika Matt Barlow masih menjadi vokalis mereka di album Tribute To The Gods (2002). Agak "lost" di zaman Tim 'Ripper' Owens, malah tak ambil tahu juga ketika Matt Barlow kembali menjadi vokalis di album The Crucible of Man (2008).
Tetapi entah mengapa dari suka-suka cuba dengar di spotify tiba-tiba rasa suka pula dengan Incorruptible. Akhirnya terbeli juga cdnya. Nampaknya majoriti band-band lama yang masih aktif telah kembali ke pangkal jalan. Tiada lagi cubaan dan eksperimen. Mereka kembali dengan apa yang sepatutnya. Mereka mungkin berubah tetapi peminat asal tidak. Kita mahukan Iced Earth yang berbunyi seperti Iced Earth. Itulah yang Jon Schaffer berikan.
Iyer, Jon Schaffer adalah Iced Earth dan Iced Earth adalah Jon Schaffer. Dah tak boleh nak ikut dah berapa kali anggota lainnya bertukar. Tetapi selagi dia ada, Iced Earth tetap ada. Saya adalah peminat vokal Matt Barlow tetapi saya cukup berkenan dengan vokalis barunya, Stu Block. Nak kata baru pun ini adalah album ke 3 beliau. Range vokalnya luas . Sangat sesuai untuk lagu-lagu yang thrash mahupun yang power metal malah mampu juga menyanyi falsetto ala King Diamond.
Rasanya sejak beberapa album lepas, Jon Schaffer cuba untuk kembali kepada "Something Wicked This Way Comes". Dan untuk telinga saya rasanya Incorruptible berjaya sampai ke situ. Mungkin tidak sehebatnya tetapi sekurang-kurangnya jika anda sukakan "Something Wicked This Way Comes, pastinya anda tidak akan kecewa dengan "Incorruptible.
Lagu-lagu seperti "Black Flag", "Raven Wings", "The Veil" dan "Brothers" membuatkan kita kembali kezaman kegemilangan mereka di tahun 90an. Tetapi yang menjadi pilihan saya adalah lagu epik 9 minit lebih ala Iron Maiden, "Clear The Way". Memang sedap!
Kesimpulannya ini adalah apa yang saya harapkan dari Iced Earth. Mungkin juga tak cukup dan ada sedikit filler tetapi jika anda peminat Iced Earth zaman Matt Barlow, rasanya ini tidaklah mengecewakan.
Friday, January 5, 2018
Prima Domestika
Album pilihan 2017...
PRIME DOMESTIC - PRIMA DOMESTIKA (2017)
Setelah beberapa tahun scene rock melayu hanya sekadar meriah dengan album-album reissue, akhirnya tahun 2017 kita disajikan dengan 3 buah album baru dari nama-nama besar, Search, Rampage (band Yazit Search) dan Prime Domestic.
Saya belum berpeluang untuk mendengar Rampage. Tetapi album baru Search dan Prime Domestic memang menarik. Perbandingan keduanya sebenarnya agak tidak kena. Kedua-duanya tidak sama genre. Teringat kata-kata bekas pemain bass Search, Yan dalam satu wawancara, Search muziknya lebih kepada rock n roll yang santai. Begitulah Katharsis.
Sementara Prima Domestika pula muziknya lebih moden, teknikal dan progressif. Ada yang seakan-akan metal juga. Terutamanya untuk lagu-lagu yang berat. Mungkin bagi sesetengah orang ianya agak sukar nak di hadam. Teringat dulu ada rakan-rakan yang mengelarkan muzik sebegini sebagai rock orang bandar. Berapa kerat lah yang berjaya hadam muzik Dream Theater kan?
Majoriti lagu-lagunya adalah ciptaan Joe dan Hillary. Sememangnya dapat kita rasakan yang Joe benar-benar "all out" kali ini. Betul betul "No Regret No Surrender". Dengan 2 gitar hero bergabung memang kita dapat jangkakan bagaimana solo solo dan kerja gitarnya. Memang hebat. Ada juga dual solo ala Iron Maiden.
Produksi sound dan susunan muziknya tip top. Maklumlah barisan pemuziknya yang boleh di anggap sebagai supergroup. Lagu-lagu beratnya memang menangkap. Sedap. Cumanya saya agak kurang terkesan dengan lagu-lagu perlahan mereka.
Bukannya tak sedap cuma saya mempunyai masalah dengan slang dan sengau Aweera dalam nada rendah lagu-lagu perlahan mereka. Ianya seperti dibayangi Awie. Tetapi perlu diakui untuk lagu lagu yang berat, Aweera mempunyai identiti yang tersendiri. Bagus tetapi rasanya masih banyak yang perlu dia buktikan sebelum beliau layak bergelar penyanyi rock yang terbaik.
Selain dari itu saya tiada masalah dengan Prima Domestika. Bagi saya ini adalah album rock melayu terbaik untuk tahun 2017. Bagi sesiapa yang masih belum mendapatkannya, beli lah segera. Murah jer pun - RM23 melalui page FB mereka.
Terbaik!

Wednesday, January 3, 2018
Wordless Wednesday : 30 tahun
*bila kemalasan dan idea tak datang...maka akan timbullah entri-entri riak cdwi seperti ini..haha...
Monday, January 1, 2018
2018
Selamat Tahun Baru!
Diam tak diam kalau blog ini masih bertahan sehingga bulan Disember 2018, bermakna sudah 10 tahun ianya wujud. Tak sangka juga boleh bertahan sebegini lama. Banyak blog rakan-rakan seangkatan yang dah tak aktif ataupun terus pupus. Maklumlah blog bukanlah sesuatu yang trendy sekarang.
Banyak kali juga terpikir nak berhenti. Maklumlah dengan faktor usia dan masa yang semakin tidak mengizinkan, tetapi entah mengapa masih juga dapat bertahan. Mungkin kerana masih ada yang sudi membaca dan juga kalau tak berblog... kat mana lagi lah nak beriak cd, kaset dan lpwi 😀 (walaupun sekarang agak aktif juga berinstagram untuk menjadi lebih trendy...haha...)
Rasanya akan terus juga menulis. Mungkin tidak sekerap dulu. Selagi ada kesihatan...Insya Allah akan terus menulis...
Seperti biasa...ini adalah antara bahan-bahan yang berusia 10,20,30 dan 40 tahun yang mungkin akan menjadi topik cerita untuk sepanjang tahun 2018.
Terimakasih kepada yang masih setia. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)