Saturday, January 20, 2018

So Far, So Good... So What!

Klasik thrash yang dah pun 30 tahun usianya pada 19hb Januari....


Megadeth - So Far, So Good... So What! (1988)

Kalau ingatan saya tak salah (maklumlah dah 30 tahun), kaset So Far, So Good... So What! ini di beli pada tahun ianya di keluarkan iaitu pada tahun 1988. Ketika itu kedai kaset di pekan Ulu Tiram ada menjual dua kaset original Megadeth. Satu lagi adalah Peace Sells... but Who's Buying?. Disebabkan kekangan kewangan seorang budak sekolah yang duit belanja sekolahnya cuma 50sen sehari, maka saya memilih untuk membeli kaset Peace Sells... but Who's Buying? kerana lagu "Peace Sells" ada di dalam pita video VHS Kerrang Kompilation yang saya tonton.

Zaman tak ada google, saya sebenarnya tak pasti yang mana satu album baru. Istilah thrash pun tak pernah dengar lagi. Mengumpul lagi duit belanja sekolah RM11 kemudiannya, (zaman tu kaset ori orang putih adalah RM11) barulah berjaya membeli kaset ini. Kalau tak silap, 2 kaset Megadeth inilah kaset pertama original orang putih saya. Sebelum itu kebanyakannya adalah versi Apache.


2 lagu yang mula-mula buat terikat hati adalah Mary Jane dan In My Darkest Hour. Kemudiannya jatuh cinta pula dengan lagu pertama Abang Mus cipta selepas ditendang dari Metallica, Set The World Afire....dan akhirnya bak kata orang kampung, the rest is history....

Walaupun mungkin dari segi ranking album kegemaran Megadeth, ianya jatuh di no 4 selepas Rust in Peace, Countdown to Extinction dan Peace Sells... but Who's Buying?...tetapi ianya sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Memang Power!


Tapi kalau nak lagi power, cuba cari versi remasters 2004. Soundnya jauh berbeza. Lebih kuat, lebih besar, lebih bersih, lebih umphhh! Tapi biasalah la...tak semua orang boleh terima. Kerana bukan setakat sound yang berbeza, malah ada bahagian-bahagian lagunya juga jadi berbeza. Ianya seperti mendengar versi yang berlainan. Apa taknya.. Rasa pelik pulak dengar ada bunyi trumpet di intro lagu "Into The Lungs Of Hell"...hahaha..


Mungkin bagi yang baru ni dengar tak ada rasa apa pun. Tapi untuk yang dah 30 tahun dan ntah berapa ratus kali dengar, memang rasa janggal. Ikut nostalgia dah sebab dah terbiasa, memang sedap versi asal 1988. Tetapi untuk kepuasan berdentum dengar, memang pilih versi 2004. Terpulang lah masing-masing punya selera.



7 comments:

  1. Penah dengar version 2004 mmg pelik tetiba ada bunyi trumpet pulak..hahah
    Tapi takpa album ni da ada lp.hehe

    ReplyDelete
  2. antara album studio megadeth yang aku belum ada dalam versi fizikal selain KIMBABIG, TWNAH dan TSHF

    ReplyDelete
  3. Zaman ni aku beli kaset fauziah latiff..hahaha

    ReplyDelete
  4. saya agak terlambat dengar Megadeth, bermula dgn album Cryptic Writing haha

    ReplyDelete
  5. teringat dulu jual versi cd remastered peace sell bila dapat versi lama padahal yg remastered sound lagi berdentum dan ada free cd...hehehee skalinya menyesal jual versi remastered...

    ReplyDelete
  6. Bro! Best review lu bro! Aku ada album ni versi 2004 yg remastered. Memang sempoi! Pada album ni, boleh dengar pengaruh dadah dan emosi Dave Mustaine yg berombak dan tak stabil. HAsilnya: satu album thrash yg penuh attitude, semangat rebel, self destructive dan penuh kemarahan. A+

    ReplyDelete