Dapat gambar ni dari group whatsapp. Ianya mengimbau kenangan zaman kegemilangan kedai cd pada tahun-tahun 90an terutamanya Tower Records di KL Plaza.
Besar giler kan Tower Records dulu. Siap ada rak untuk thrash, bilik untuk klasikal muzik. Hmmm...memang heaven la...Berejam duduk dalam tu pun tak kisah. Sekarang semua tinggal kenangan. Generasi sekarang tak akan dapat merasa dah benda-benda macam ni lagi.
Kalau lah ada
DeLorean....
sekarang ni kedai2 yg jual cd mostly dapat survive kalau jual secara online
ReplyDeletesetuju
DeleteAku dah tak ingat beli first kaset aku Iron Maiden - Seventh Son of a seventh son kat situ ke atau kat Salem Power Station Sg Wang Plaza.
ReplyDeleteyang sedih makin byk kedai cd tutup...rock corner lingkup...victoria cawangan sungei wang pun tutup...dgr crta eastern record iaitu pengedar utk keseluruhan kedai di lembah klang pun bakal tutup...
ReplyDelete1-2 tahun lepas kedai CD uncle kat pekan kajang pun dah bungkus... kat kedai uncle ni la beli 1st kaset Sepultura Chaos AD dan kaset serta cd band-band yg seterusnya... alcohol walkman pun beli kat kedai dia jugak...
ReplyDeletetower record dulu ada di gurney plaza penang.. artist gallery pun situ tapi sekarang satu kedai cd pun tadak.. hq artist gallery di one stop midlands bukak hari sabtu saja, mungkin dlm beberapa minggu akan tutup, cd yg menarik dah banyak kena sapu, jadi layan apa yang ada saja la macam muzik klasikal
ReplyDelete