Sunday, October 7, 2018

Sulalatus Salatin

Antara cd terbaru dari scene metal tempatan


Farasu - Sulalatus Salatin (2018)

Saya akui yang saya agak ketinggalan dalam scene metal tempatan. Banyak yang tahu nama tetapi tak pernah mendengar bagaimana muziknya. Cuma baru-baru ini agak banyak juga membeli cd-cd tempatan. Dan ini adalah antara yang menarik perhatian.

Mereka agak unik. Mengabungkan elemen nusantara dan kemelayuan. (khabarnya dikenali sebagai Nusantara Metal). Tak pasti berapa banyak band tempatan yang berkonsepkan begini. Muziknya agak melodic dan catchy. Memang senang hadam. Sound tip-top. Produksi bertaraf antarabangsa. Packaging pun cantik. Siap dapat poster dan sticker. Tak ada apa yang nak di komplen berkenannya.


Satu cara yang betul untuk menikmati Sulalatus Salatin adalah mendengarnya sambil membaca lirik. Vokal growl (maaf saya bukan peminat vokal begini tetapi tidak juga ada masalah dengannya) menyukarkan untuk memahami liriknya yang pada saya sangat menarik. Lengok bahasa klasiknya sangat sesuai dengan konsep nusantara mereka. Memang tabik.


Satu lagi yang perlu disentuh adalah lagu cover "Meniti Titian Usang - Search". Rasa janggal pada mulanya. Tetapi agak menarik bila di ulang dengar. Susunan muzik sedikit berbeza. Pilihan yang pelik tetapi berjaya.

Akhir kata...ini sememangnya antara album metal terbaik tempatan untuk tahun 2018. Sila beli!




7 comments:

  1. hhhmmmm tak minat la bert...sorry bro hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa..kita tak minat tapi ramai orang lain yang minat...selera masing2...

      Delete
  2. ooops lupa lakk nak tanya bert... kemana menghilangnya saudara DEaF Angel (tuan tanah blog - ku di halaman rindu).. tolong bagi pencerahan bro ? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...sihat2 sahaja...cuma berblog ni bukanlah satu keutamaan macam dulu dulu...

      Delete
  3. Band member pernah bertanding PRU14

    ReplyDelete
  4. lagu2 dia based on kisah2 dalam buku sulalatus salatin ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga... tapi aku pun tak baca buku sulalatus salatin tu

      Delete