Hurricane - Over The Edge (1988)
Pernah tak berlaku yang kita tak ingat/tahu apa yang kita ada. Ini terjadi kepada saya dengan cd ini. 30 tahun yang lalu saya dikenalkan oleh abang saya dengan sebuah lagu instrumental yang hanya menggunakan perbualan telefon di dalam lagunya. Tapi dah lupa tajuk dan siapa penyanyinya.
Lama juga mencari. Tetapi gagal. Kasetnya pula dah hilang. Puas juga cuba jaya melalui youtube/spotify dengan pelbagai band tetapi gagal. Tetapi nak dijadikan cerita, baru-baru ini terbaca yang album ini akan menyambut ulangtahun ke 30. Terus pasang cdnya dan dengar.
Dan akhirnya…tadaaa….pencarian selama berpuluh tahun akhirnya terjawap. Lagu itu tajuknya adalah "Baby Snakes". Hmmmm…bertahun dah beli cd ni. Baru tahu. Benda dah ada depan mata jer pun. Nampak sangat banyak yang di beli tapi langsung tak didengar...hahaha…
Tapi yang pastinya baru perasan kenapa ianya tidak dapat di ingati. Cover kaset yang dijual di Malaysia rupa-rupanya menggunakan gambar band member seperti di inlay. Padanlah gambar cover ini langsung tak terlintas di dalam kepala. Hmmm...
Sedikit trivia untuk band Hurricane. Tak ramai yang tau rasanya. Band suam suam kuku. Mereka selalu digelar sebagai Quiet Riot Junior. Bukan pasal muziknya. Tetapi gitarisnya Robert Sarzo adalah adik kepada Rudy Sarzo manakala pemain bassnya pula, Tony Covazo adalah adik kepada Carlos Cavazo.
Dan satu lagi trivia, Robert Sarzo sebenarnya adalah pengganti asal kepada Randy Rhoads. Sayangnya beliau tidak pernah berpeluang bermain live ataupun recording bersama Ozzy kerana pihak pengurusan syarikat rakaman telah terlebih dahulu memberikan kontrak kepada Bernie Tormé (Ian Gillan band).
Dan satu lagi trivia, Robert Sarzo sebenarnya adalah pengganti asal kepada Randy Rhoads. Sayangnya beliau tidak pernah berpeluang bermain live ataupun recording bersama Ozzy kerana pihak pengurusan syarikat rakaman telah terlebih dahulu memberikan kontrak kepada Bernie Tormé (Ian Gillan band).
Kalau bercerita tentang lagu-lagunya, ianya tidaklah bercirikan glam/hair metal seratus peratus. Imejnya mungkin. Biasa lah tempias zaman tersebut. Mereka lebih kepada AOR, blues dan rock and roll. Ada juga lagu yang bagus. "I'm on to You" contohnya. Tetapi ianya tidak cukup konsisten untuk menjadi salah satu album terbaik dari era tersebut walaupun penerbit dan jurutera bunyinya adalah dari kelas A (Bob Ezrin dan Mike Clink).
Tetapi sesuatu yang baik dari Hurricane adalah vokalisnya. Kelly Hansen kemudiannya menjadi pengganti kepada Lou Gramm untuk band AOR lagenda, Foreigner.