Yang 30 tahun pada 13hb Sep yang lalu...
King Diamond - Them (1988)
Lagi kenangan zaman remaja. Zaman menunggu keputusan SPM. Tak perlu kot nak mengulas tentang album lejen ni. Siapa yang belum dengar pergilah dengar.
Tapi apa yang ingin diceritakan disini ianya mengimbau kenangan bersama sahabat dari zaman sekolah. Pemain drum kumpulan kami dan juga peminat susah nak mati King Diamond.
Melepak di ruang tamu rumah beliau sambil mendengar kaset ini. Masih terngiang-ngiang topik perbualan kami. Tentang kumpulan apa yang agak-agaknya kami akan terus 'follow' dan terus akan beli muziknya sampai ke umur tua. Saya memilih Iron Maiden dan beliau memilih King Diamond. Tetapi kami bersependapat dalam memilih Scorpions sebagai kumpulan yang akan kami sokong sampai bila-bila.
Nampaknya selepas 30 tahun. Memang betul saya masih membeli dan mengikuti Iron Maiden. Tetapi saya gagal dengan Scorpions. Ada beberapa album terakhir mereka yang saya terlepas.
Saya tidak pasti pula tentang sahabat saya tersebut. Agak lama juga tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin dah lebih dari 5 tahun. Tak pasti juga adakah beliau masih lagi seorang rocker. Kali terakhir berjumpa pun tak bercerita pasal rock. Lebih pada hal keluarga dan kerjaya. Dulunya beliau masih aktif bermain drum terutamanya untuk acara makan malam di tempat kerja beliau. Sekarang tak tau la pula.
Rock ker tak rock beliau pastinya orang yang paling gembira bila Mikkey Dee (idola beliau dalam King Diamond) kini duduk pulak dalam Scorpions. Kira bonus lah kan jika anda meminati kedua-duanya.
Moga satu hari nanti kami akan berpeluang lagi berbual-bual rock seperti 30 tahun yang lalu. Cepat betul masa berlalu ek?...
antara album KD yang aku belum ada dalam format fizikal ori, setakat ni cuma ada kaset dubbing versi Campbell je...
ReplyDeleteTuan..ad nk jual kaset rock 80an malay x..tuan lokasi jb kt mne 😊
ReplyDeleteminta maaf tuan. Jual tak...kalau beli mungkin :)
Delete