Tulis sikit berkenaan Pulau Batam yang sempat saya kunjungi pada bulan Ogos yang lalu. Sebelum jauh terlupa (itupun banyak fakta yang dah lupa)
Tanda nama ala-ala Hollywood di Bukit Clara, Batam Centre. Tempat wajib pergi bila menjejakkan kaki ke Pulau Batam. Kira bila dah bergambar kat sini maka konpemlah dah sampai Batam...haha...
Kawasannya berdekatan dengan Masjid Agung Kota Batam. Seperti di gambar, Masjidnya adalah di latarbelakang gambar.
Satu lagi tempat wajib pergi bila berada di Batam adalah Jembatan Barelang. Ianya adalah ikon ataupun landmark bagi Pulau Batam. Jambatan sepanjang 385 meter ini sememangnya menjadi tempat pelancong untuk bergambar.
Kalau di Malaysia berhenti di atas jambatan untuk bergambar memang nak cari nahas. Ada yang kena saman pula nanti. Tetapi di sana dah jadi sumber rezeki pula untuk orang berniaga. Walaupun jambatannya agak sibuk. Bahaya. Ada juga perkhidmatan photographer jalanan. Tapi memang murah lah. Sekeping photo bersaiz A4 hanya sekadar beberapa ringgit (lupa dah...)
Satu yang unik terdapat banyak peniaga tepi jalan yang menjual minyak petrol dalam botol. Bukannya tak ada stesen minyak. Tapi dari kata orang di sana, jalannya selalu macet (jem). Makanya lebih mudah untuk motosikal terutamanya beli minyak ditepi jalan berbanding beratur panjang di stesen minyak. Tapi khabarnya kualiti kurang elok. Dan untuk maklumam juga jalanraya di sana agak bagus. Kebanyakannya lebuhraya, Tapi memang jem teruk.
Satu lagi yang agak unik ada gerai macam gerai jual durian di tepi jalan di Malaysia, tetapi di sana jual helmet. Yang full face pun ada. Hahaha...gerai tukang kunci pun ada...Sayangnya dua ni tak sempat nak ambil gambar.
Itu ajer sikit lebih kurang pasal Pulau Batam. Nak gambar cantik, pemandangan, cara nak pergi ke sana ker apa...sila google sendiri...😀
best in singapore and JB ...and some say batam
ReplyDelete