Friday, January 3, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan



2019 yang berlalu… blog pun tak lah seaktif macam dulu. Tetapi selagi ada sedikit semangat dalam diri, memang akan cuba untuk terus menulis. Tengok kat statistik, pembaca pun semakin berkurangan. Senang cerita, berblog memang dah ketinggalan zaman…

Cerita peribadi pun jarang dah tulis kat sini. Layan cerita -cerita hobi sahaja. Antara hobi yang tak boleh berhenti adalah membeli fizikal muzik. Tak kira lah cd, lp dan paling tak sangka membeli kaset kembali.

Tetapi pembelian utama memang tetap cd. Nak kata dengar semua pun sebenarnya tidak juga. Malah lebih banyak ketikanya menggunakan secara atas talian seperti Spotify ataupun YouTube. Ianya lebih mudah terutamanya dalam hal mencari. Tekan "search", taip nama… terus jumpa. Berbanding termenung depan rak mencari mana dan di mana letak cdnya tersebut. Itu belum guna lp atau pun kaset. Jenuh nak menukar dari side A pergi ke side B.

Mungkin inilah namanya hobi. Beli, simpan dan tayang....hahaha...Nak kata pencen tu memang tak la...tak minat mancing, tak minat golf. Ini satu sahaja yang minat. Selagi ada rezeki,memang akan terus membeli...

Kongsi sedikit apa yang di beli sepanjang tahun 2019. Kalau cd-cd baru terbitan 2019 memang selalu dah kongsi kat sini. (itu pun ada lagi yang tertinggal). Tapi tak semua lah. Banyak sangat kot sampai tak ingat apa yang di beli...hahaha...


Yang ini pembelian yang paling digemari. Lama dah cari. Dulu hanya ada kaset. Itu pun ada yang hanya setakat kaset dubbing. Zaman belajar, mana lah nak ada duit sangat. Ni dah tua-tua ni bila ada rezeki yang lebih, jumpa...memang terus upgrade ke cd.


Yang ini dulunya setakat setakat dapat tengok kat rak kedai kaset. Nak beli tak cukup duit. Ada pula yang setakat baca kat majalah. Benda-benda yang boleh mengimbau kenangan silam kalau terjumpa memang tak akan dilepaskan...


Ini pun sama kes. Ada yang dulunya tak pernah nampak pun ada di jual di Malaysia. Memang mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk berpeluang dengar. Terutamanya kawan-kawan yang ada abang belajar luar negera. Masa tu mana lah ada youtube atau spotify. Kaset dubbing dan cetak rompak menjadi pilihan.


Antara yang rare dan underated. Heavy metal asli 80an sebegini sememangnya dah sebati dalam hati. Tak kisahlah apa pun evolusi muzik zaman kini, Akhirnya muzik yang begini juga yang akan tetap dicari.


Biarlah orang nak kata apa. Tak up to date pun tak apalah. Selera sememangnya dah tersangkut di era heavy metal 80an. Tak boleh move on dah... Memang dah stuck kat situ...


Cukuplah setakat ini. Banyak lagi kalau nak kongsi gambar pembelian cd tahun 2019.  Ini suku pun tak sampai...hahaha...




3 comments:

  1. 2019 aku cuma beli 2 CD je... tu pun bulan disember baru tergerak

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru bro. hobi kalo bnyk sgt mmg payah nk fokus haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer... Satu pun dah sesak nafas... Kalau 2, 3 mahu hura hara hidup... Haha..

      Delete