Thursday, January 23, 2020
Talviyö
Sonata Arctica - Talviyö (2019)
Lama dah tak dengar Sonata Artica. Dulu, zaman kemaruk dengan genre power metal (awal-awal tahun 2000), album mereka seperti Ecliptica (1999) dan Silence (2001) adalah antara yang paling digemari.
Ingat lagi dulu melawak dengan kawan, "kau dengar Sonata Artica… aku tengok Winter Sonata"…hahaha... Masa tu belum tahu istilah K-pop. Tapi cerita Winter Sonata tu memang meletup. Ianya adalah pengalaman pertama menonton drama korea atas alasan untuk meneman isteri… ok…ini cerita lain….hahaha...
Menjelang pertengahan tahun-tahun 2000an, mula rasa tepu dengan muzik sebegini. Album terakhir mereka yang ambil tahu kalau tak silap Winterheart's Guild (2003). Itu pun tak beli. Sedut MP3. Selepas belasan tahun, rasa teringin untuk mendengar mereka semula. Tambahan pula, entah kenapa kebelakangan memang kemaruk untuk mendengar genre sebegini semula.
Ternyata Sonata Artica sekarang agak berbeza. Muzik mereka semakin lembut. Genre power metal sememangnya tidak memerlukan rif gitar yang kuat. Cukup sekadar lagu yang bermelodi dan senang menangkap. Terutamanya untuk yang lebih symphonic. Tetapi Sonata Artica sekarang terlalu lembut. Mungkin terlalu progressif. Ada masanya bunyian keyboard lebih mendominasi. Bunyian gitar seolah-olah sekadar latar belakang. Memang ada lagu yang bukan power metal. Malah tak metal pun.
Bukanlah tak sedap. Lagu mereka masih melodic. Memang catchy. "Message From The Sun" adalah contohnya. Tapi bagi peminat yang ketinggalan dalam mengikuti perkembangan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang akan rasa lain. Rasa berbeza. Ini bukan Sonata Artica yang kita kenal dan suka.
Bukanlah album pilihan. Tetapi ianya masuk dalam kategori kena dengar banyak-banyak kali untuk suka. Itupun kalau anda jenis yang tidak cepat merasa bosan 😁
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jelita kakko
ReplyDelete