Monday, January 27, 2020

Sudah Sampai Sini : Phuket 2

Lama dah ni sangkut kat draf...Kejadian ni sebenarnya berlaku pada bulan Julai tahun lalu...hahaha...lebih setengah tahun dah...Gini lah jadinya bila semakin malas untuk menulis....


Kali ke 2 dah jejak kaki di Phuket. Kali pertama tahun 2017. Baru 2 tahun dah pergi lagi. Dia punya teruja tu memang tak berapa nak ada dah macam yang kali pertama. Tapi dah company suruh pergi... siapalah saya untuk membantah benda yang percuma ini...hahaha...

room with a view.... pemandangan pekan Pa Tong, Phuket dari bilik hotel


Tak banyak yang berubah dalam tempoh 2 tahun. Yang perasannya ada satu shopping complex baru di tengah-tengan pekan Pa Tong. Yang lain masih sama. Bangla Walking Street di waktu malam pun masih happening...hahaha... yang pernah pergi sini paham la...😁
 .

Tidur pun di hotel yang sama. Masih hafal setiap lorong-lorong di pekannya. Kali ni memang tak ada jalan kemana. Lepak bilik. Keluar pun sekadar cari makanan halal muslim Phuket di kawasan gerai-gerai makanan yang berhampiran dengan seberang jalan Hard Rock Cafe. Senang nak jumpa. Mereka bertudung dah boleh berbahasa Kelantan. Souvenir pun tak beli. Tshirt yang beli 2 tahun yang lalu pun masih ada yang belum di pakai

Mengamit kenangan gambar cara yang sama 2 tahun lalu


Selalu terpikir macamana kawasan sekitar Phuket cukup bersih. Tak jumpa pun walau sebatang putung rokok padahal malamnya pekan Pa Tong memang kawasan yang cukup happening. Sesak dengan bermacam-macam bangsa. Yang mabuk pun melambak.

Tapi sebenarnya seperti gambar di atas, waktu pagi adalah masa sibuk untuk perkerja-pekerja menyapu dah memungut sampah sarap di sekitar pekan dan pantai di kala yang malamnya berparti masih tidur lena.

satu benda yang sentisa mengagumkan bila berada di Thailand adalah pendawaian elektriknya...berselirat.

Jadilah sedikit kisah di Phuket. Kalau nak baca yang panjang lebar punya boleh jenguk kisah 3 tahun yang lalu di >SINI<. Ketka zaman masih rajin menulis...




No comments:

Post a Comment