Friday, September 4, 2020

Look Sharp!

Kenangan dari zaman ITM Segamat tahun 1989.


Roxette - Look Sharp! (1988)

Penangan dari rakan satu dorm di ITM Segamat. Zaman ITM masih menggunakan rumah kedai di Segamat Baru. Lupa dah nama sebenar beliau. Kita panggil dia Acai. Dalam satu dorm yang ada 16 orang (kalau tak salah ingatan), majoriti yang mendengar muzik adalah mat rock dan mat metal.

Radio kaset yang ada di dalam dorm tersebut sudah semestinya hanya lagu rock/metal yang di pasang. Tak kiralah yang melayu atau orang putih. Tetapi ada masa-masa yang lepa, Acai akan pasang Look Sharp!. Dah selalu terdengar, lama-lama masuk kepala juga. Dari awal hingga ke hujung semester, Acai tak jadi mat rock. Tetapi kami yang mat rock dan mat metal pula yang boleh ikut menyanyikan lagu-lagu Roxette. Kah kah kah…


Yang menyebabkan mudah tertarik dengan Roxette adalah kerana lagu-lagunya yang "guitar oriented". Memang rock. Tambah pula melodinya yang catchy. Lagu-lagu yang popular dari album ini seperti The Look, Dressed for Success, Dangerous dan Listen to Your Heart memang sedap.

Apa-apa pun, terimakasih Marie Fredriksson. Thank you for the music....


2 comments:

  1. dangerous best giler wei..
    listen to your heart
    look
    she got the look
    wahh

    ReplyDelete
  2. Jenjalan cari CD Look Sharp 30th Anniv tetibe jumpa blog ni. Naisss.
    Look Sharp ... forever my first and febret album Roxette.
    Start dgn The Look sbb lagu eklan minyak rambut. Pastu chart show kat TV2 Listen 2 Ur heart bermaharajalela. Pastu TV3 tayang Look Sharp Tour. Melekat terus. 1990.
    Peminat tegar Roxette semenjak itteww. Skarang nk renew collection.
    RIP Marie.

    Naaisss blog chuolss.

    ReplyDelete