Tuesday, September 8, 2020

Gila Format - Thunder in the East

LOUDNESS - THUNDER IN THE EAST (1986)

Lagi kenangan lalu yang berjaya di"gila format"kan. Dulunya sekadar mampu beli kaset pirate versi Apache RM3. Dah hilang pun dah. Akhirnya selepas 35 tahun berjaya juga memilikinya dalam bentuk fizikal 3 format. Benda macam ini hanya yang sama minat sahaja akan faham 😅

Album ini cukup besar pengaruhnya kepada mat rock era 80an di Malaysia.  Lambang matahari tu memang sinonim betul dengan mat rock pada zaman tersebut. Ianya menjadi soundtrack zaman persekolahan. Masih teringat-ingat betapa susahnya mencari lirik lagu Heavy Chains untuk dibawa pergi jamming. Naik lunyai kasetnya di kerjakan. Forward rewind forward rewind. Zaman tu mana la nak cari lirik. Bukan boleh google pun. Dah lah sebutan Minoru Niihara tu pekat sungguh pelat Jepunnya... lock n loll krazzy night...hahaha...



2 comments:

  1. arwah atuk aku dulu memang marah kalau nampak cucu2nya pakai tshirt/tanktop logo loudness ni... kalau fahamlah~

    ReplyDelete