Monday, September 14, 2020

Forever Black

 Lagi antara album yang terkini di pasaran. (abaikan nama bandnya yang kalau tersalah sebut jadi lain bunyinya...hahaha...)

Cirith Ungol - Forever Black (2020)

Sebuah lagi band orang tua lama yang membuat comeback. Kali terakhir mereka keluar dengan album studio adalah pada tahun 1991. Seperti album comeback dari Satan, Tokyo Blade dan Possessed, Cirith Ungol juga tidak mengecewakan. Mungkin atas faktor usia yang mana mereka tidak lagi tertekan untuk mengejar kemasyhuran atau terikat dengan muzik popular semasa. Mereka hanya perlu menghasilkan muzik yang ada DNA dengan nama band mereka. Tak perlu bereksperimentasi. Tak perlu berevolusi. Memang itulah muzik yang kita mahukan dari mereka. Kalau ada yang berbeza pun hanyalah kerana teknologi studio rakaman. Sound yang lebih terkini dan moden sesuai dengan keadaan semasa.

Mereka ni dah lama wujud. Mereka adalah sezaman dengan Metallica, Ratt, Steeler, Malice dan lain-lain yang terlibat dalam kompilasi lagenda "Metal Massacre" yang pertama pada tahun 1982. Sayangnya mereka tidak mencapai tahap kegemilangan seperti Ratt apatah lagi seperti Metallica.

Antara cd mereka yang berjaya dimiliki

Forever black memang tak banyak yang berubah. Mereka masih lagi sebuah band heavy metal yang mempunyai pengaruh NWOBHM dan doom metal ala Black Sabbath. Yang paling saya suka adalah solo-solo gitarnya yang mengimbau kenangan tahun 80an. Melodi pun sedap, Suara vokalisnya pun masih mantap. Memang Thumbs up!.

Tak kisah lah jika muzik mereka masih tersangkut di era 80an. Seperti golongan atuk-atuk kita yang seleranya masih dengan Pop Yeh Yeh 60an, golongan yang seperti saya pula akan sentiasa tersangkut di era 80an.


4 comments:

  1. nanti aku dengar kat youtube.. hehe nama bandnya memang unik haha

    ReplyDelete
  2. Aku tak pernah tahu.
    Thank you.
    Terlipat lidah nak sebut nama band. Haha

    ReplyDelete
  3. yang kaki Tolkien/LOTR pasti akan ingat nama ni

    ReplyDelete