Saturday, October 24, 2020

Berat

Pandang belakang ke zaman remaja...sempena Yantzen masuk Gegar Vaganza...hahaha...


Rusty Blade - Berat (1988)

Sesuai dengan tajuknya. Album ini memang berat. Susah nak jumpa album rock melayu yang cuma ada 3 lagu perlahan. Susunan lagunya pun tidak mengikut standard yang biasa. 2 lagu awal adalah lagu yang berat. Lagu-lagu perlahan pun bukanlah jenis yang menggunakan keyboard dan meleweh.

Sesuai betul dengan jiwa remaja yang pada ketika itu telah mula terpengaruh dengan muzik yang lebih keras dan lebih ekstrim. Lagu-lagu beratnya sentiasa di dalam senarai untuk di bawa jamming. Tetapi biasanya bila dah di studio, balik-balik lagu "Tercipta Kasihku" juga yang di bawa. Maklumlah skill budak sekolah yang tak seberapa. Lagu-lagu perlahan adalah Jalan yang lebih mudah...hahaha...


Dulu kasetnya kawan pinjam dengan alasan nak cari kord lagu untuk jamming. Tapi itulah...sampai kesudahnya tak pulang. Bukan kaset jer yang lesap tapi dengan dia dia sekali berserta beberapa keping kaset yang lain lesap hilang tanpa dikesan hingga sekarang. Nak buat macamana, lepas habis sekolah terus lost contact. 

Apa-apa pun ini adalah antara album yang menarik untuk dikenang. Ketika itu kalau sebut heavy metal melayu memang Rusty Blade adalah yang teratas. Hanya yang melalui dan membesar di zaman itu akan paham.

4 comments:

  1. aku rasa mus menang gegar vaganza tahun ni haha

    ReplyDelete
  2. Aku paham sebab melalui dan membesar di zaman itu...dan masa buat ujian lisan spm, kaset ni hilang dalam beg..

    ReplyDelete
  3. "Tali putih" kaset dia kaler warna warni kalau x silap🤭

    ReplyDelete