Wednesday, March 3, 2021

I Want Out

 Antara cd yang baru dimiliki...

HammerFall - I Want Out (1999) - EP

Jarang beli cd single atau EP. Rasa tak berbaloi kalau dah ada album penuh. Kecualilah jika ada bonus track yang istimewa. Lainlah kalau ianya Iron Maiden, gambar covernya pun dah boleh jadi penyebab untuk membeli. Tetapi yang ini adalah suatu pengecualian.

EP yang ini agak berbeza. HammerFall menjadikan lagu cover dari Helloween sebagai tajuk EP mereka. Tambahan pula lagu "I Want Out" ini tidak terdapat di dalam mana-mana album studio mereka kecuali sebagai bonus track dalam versi digipak, versi Brazil ataupun bootleg Russia untuk album Legacy Of Kings dan Renegade.

Tambah menarik ianya menampilkan Kai Hansen, pencipta lagu "I Want Out" sendiri sebagai pemain gitar dan vokalis duet undangan. Manakala Udo Dirkschneider (Accept) pula bertindak sebagai backing vokal. Satu cover yang bagus walaupun menggunakan key yang lebih rendah berbanding versi asal dari Michael Kiske

Ianya juga menampilkan salah satu lagu kegemaran saya dari HammerFall, "At The End Of The Rainbow". Kalau dulu-dulu siapa yang mengikuti rancangan radio RIA Singapore, Vicious Volume, pasti ingat lagu inilah yang digunakan oleh DJ nya Brader Bo sebagai lagu pengenalan kepada rancangan tersebut.

Manakala track terakhirnya pula menampilkan satu lagi lagu klasik rock yang lejen. "Man Of The Silver Mountain" dari Rainbow. Kai Hansen juga terlibat menyumbangkan suara. Lagu ni memang dah sedap. HammerFall menjadikannya bertambah-tambah sedap. Temponya lebih laju dari versi asal. Tapi seperti biasalah...mana-mana vokalis pun mana lah boleh nak lawan Ronnie James Dio 🤘

Untuk rekod, EP ini juga mengandungi bonus video clip "Glory To The Brave"

3 lagu (2 darinya lagu lejen) + 1 video clip rasanya cukup berbaloi-baloi jika anda berjaya memilikinya dengan harga RM20++ termasuk pos dari ebay seperti saya. 😁



6 comments:

  1. ada tengok versi live "At The End Of The Rainbow" lebih sedap dari dalam Spotify

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng2 extreme metal tak berapa nak masuk Hammerfall ni... cheesy katanya... tapi ikut telinga aku janji sedap aku suka ajer..

      Delete
  2. "Tambahan pula lagu "I Want Out" ini tidak terdapat di dalam mana-mana album studio mereka kecuali sebagai bonus track dalam versi digipak, versi Brazil ataupun bootleg Russia untuk album Legacy Of Kings dan Renegade."

    ada bro, dalam album *kompilasi Masterpieces, lagu Man On The Silver Mountain pun ada dalam kompilasi tu

    *itupun kalau kompilasi boleh dikira sebagai album "studio" lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal Brazil cd. Bukan categori bootleg ker? Aku baru beli helloween live in the uk complete edition (Brazil digital) yang ada 16 lagu. Standard edition cuma ada 7 lagu.

      Russian bootleg mmg pernah terkena beberapa kali..

      Delete
    2. Mungkin juga...tak pernah beli Brazil cd...Argentina pernah...tapi banyak juga beli Russian bootleg terutamanya untuk cd-cd yang rare dan out of print...nak cari yang 1st press memang harga yahudi...

      Delete