Sunday, March 21, 2021

Louder Than Hell

 Album yang mengimbau kenangan... 


Manowar - Louder Than Hell (1996)

Louder Than Hell mengembalikan kenangan di tahun 1996. Tahun berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Duduk menumpang di rumah abang di Kg. Pandan. Kasetnya adalah antara kaset yang terawal dibeli pada ketika itu. Tak ingat beli di mana. Berkemungkinan di Sungei Wang / Bukit Bintang Plaza. Tempat yang selalu di singgah selepas balik kerja (tempat kerja di Jalan Pahang) untuk menggali kaset dan cd selain di Tower Records KL Plaza.

Versi Malaysia tajuknya Louder. Tiada perkataan Than Hell. Mungkin untuk mengelakkan sebarang isu kontroversi. Beli dulu dapat poster bersize A3 (kalau tak silap). Lama dah hilang sejak 2,3 kali berpindah rumah. 

Baru-baru ni baru perasan yang saya tidak mempunyai album ini dalam versi cd yang asli. Yang ada dalam simpanan hanyalah versi "Asia Link". Seperti biasa "e-bay" adalah jalan yang mudah untuk menghabiskan duit...hahah

Sebulan lebih selepas itu dah ada pun cdnya di depan mata..

atas - versi ori, bawah - versi Asia Link

Secara peribadinya, ini adalah album Manowar terakhir yang paling saya suka. Bermula dari Warriors of the World dah rasa kurang dah. Apa yang saya ingat, kartunis Gayour ada mengabadikan lirik Lagu "Number 1" dalam siri kartun popular beliau, "Bersama Selamanya".

Satu lagi yang tak boleh dilupakan apabila Dj Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) memainkan lagu "Courage" dalam slot rancangan pagi mereka. Tak kisah lah walaupun ianya hanya sebuah lagu balada. Tapi siapalah sangka yang lagu Manowar boleh keluar di nasional radio kan...



11 comments:

  1. Fuhh masih simpan kaset siap dengan poster lagi tu. Dulu masa 90an pun saya minat sangat dengar Radio 4 RTM sebab diorang banyak pasang lagu2 alternative rock.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan poster... Inlay dalam dia... Poster lama dah lesap

      Delete
  2. setuju dengan Bert, album Manowar "terakhir" yang best bagi ramai peminat mereka

    aku beli kasetnya tahun 1997, tapi tak dapat poster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih menunggu The Final Battle 2...ntah bilanya nak keluar

      Delete
  3. Cuma ada cd versi lokal dibeli thn 98, personally rasanya lebih cantik gambar dekat batu cuma ada tulisan Louder ngam2 dlm tu banding kalau full title tu, rasanya macam pernah dengar jg lagu Courage kat tv rtm, mungkin time komanwel 98 kot, sorryla kalau silap lagu he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya memang ingat tajuknya Louder... Maklumlah zaman internet belum meluas..

      Delete
  4. Samalah. Byk cd manowar versi asia link. Beli di wisma campbell. Harap kedai masih ada. Dah setahun lebih x pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Asia link ni banyak jugalah dapat dengar cd band2 power metal yang tak tau.

      Delete