Thursday, April 29, 2021

Mini lp replica cd Russian Press - Iron Maiden /Piece of Mind / Somewhere In Time

Sejak tahu mengenainya dari blog Deaf, bertahun juga cuba mencari. Ada juga terjumpa di e-bay tetapi dengan harga yang bukan mampu milik.


Akhirnya berjaya juga dapat 2 tajuk. Ianya sebenarnya adalah cd pirate. Mungkin tak rasa berbaloi kalau dapat dengan harga yang mahal. Tetapi bagi pengumpul barangan Iron Maiden, ianya bukanlah satu isu. Bukan cdnya yang dicari, tetapi packagingnya dan nilai "rare" yang menjadi rebutan.


Ianya disalin bulat-bulat dari versi piring hitam Japan press siap dengan obi strip. Kalau versi lp ada lirik dan poster. Dia pun ada. Memang cantik. 


Yang ini lebih menarik. Cd Piece of Mind ini didatangkan dalam bentuk gatefold. Memang seratus peratus sama dengan apa yang ada pada piring hitam Japan press.


Somewhere In Time ini pula adalah hadiah dari Deaf. Lama dah dia bagi (terimakasih Deaf). Ianya menjadi "rachun" untuk saya mencari album-album yang lainnya...hehe...


Cd-cd jenis yang macam ini bagi saya bukanlah untuk dimainkan cdnya. Ianya lebih kepada kepuasan melihat, memegang, membelek dan menyusunnya di rak. Iyer...ianya adalah satu penyakit...hahaha..



Tuesday, April 27, 2021

Air Supply Greatest Hits dan tribute kepada Jim Steinman

 Melihat cover album ini pun dah cukup mengembalikan nostalgia...

Air Supply - Greatest Hits (1983)

Album ini mengembalikan ingatan saya kepada tahun 1983.Ketika itu abang saya sedang kemaruk dengan lagu-lagu Top 40 berbahasa Inggeris. Berkongsi bilik bersama beliau menyebabkan saya mudah terpengaruh dengan apa yang beliau minati. Seingat saya album ini adalah kaset kedua yang dibeli oleh beliau. Yang pertama adalah kaset Michael Jackson - Thriller.

Ianya adalah album kompilasi. Dah tentu-tentu kesemua lagunya sedap. Tetapi lagu "Making Love Out Of Nothing At All" ciptaan Jim Steinman adalah yang paling menonjol. Lagu-lagu yang jenis dramatik sebegini sememangnya adalah "signature" Jim Steinman. Hasil kerja beliau dalam album Meat Loaf , Bat Out of Hell (1977) menjadikan ianya salah satu album terlaris sepanjang zaman. Rasanya semua pun pernah dengar lagu "I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)" dari album Meat Loaf - Bat Out of Hell II: Back into Hell (1993). Memang sedap kan? Tetapi bagi saya karya beliau yang paling terbaik adalah lagu "Total Eclipse of the Heart" dari Bonnie Tyler..

Berbalik kepada album ini, ianya adalah pengenalan pertama saya kepada duo dari Australia, Graham Russell dan Russell Hitchcook yang lebih dikenal sebagai Air Supply. Lengok dan melodinya memang mudah menangkap. Walaupun lirik mereka dianggap "cheesy", tetapi mereka adalah juara untuk lagu-lagu bergenre balada pop rock sebegini. Bagi saya mereka adalah di kedudukan pertama untuk genre sebegini bagi era 80an manakala Michael Learns to Rock pula adalah untuk dekad 90an.


Thanks for the music,
Jim Steinman
November 1, 1947 - April 19, 2021



Saturday, April 24, 2021

Glory To The Brave

 

HammerFall - Glory To The Brave (Deluxe Edition 2006)

Tak ada nak cerita apa pun. Dulu dah pernah buat ceritanya di >sini<. Sekadar nak bagi tau akhirnya berjaya juga memiliki cd Glory To The Brave versi original. Dulunya sekadar ada versi Asia Link. Tidak ada yang berbeza pun dari segi bonus track dari cd Deluxe Edition 2003 yang di copy oleh Asia Link. 

Atas - versi Deluxe Edition, Bawah - versi Asia Link

Tak pasti pula enhanced part versi Asia Link boleh berfungsi. Tak pernah cuba membukanya di pc. Yang berbeza cuma covernya versi gambar penuh dan di datangkan dengan kotak cover plastik. Inlay didalamnya juga berbeza tetapi gambar-gambar band member adalah sama.

Misi seterusnya jika ada rezeki mahu menjadikannya sebagai album gila format (kaset dah ada tinggal nak cari versi lp). Tak pun mungkin juga mencari cd "Legacy of Kings" terlebih dahulu. Satu lagi album mereka yang saya cuma ada versi Asia Link.


Wednesday, April 21, 2021

Hanging In The Balance

Ada sesetengah cd yang dibeli hanya sekadar beli. Dengarnya tidak. Dah jadi tabiat untuk membeli. Mungkin ini juga adalah satu jenis penyakit.

Metal Church - Hanging In The Balance (1993)

Hanging In The Balance dari Metal Church adalah salah satu darinya. Dibeli kerana namanya adalah Metal Church. Hanya terperap di rak. Inlaynya pun tidak pernah dibelek. Rasa tergerak hati untuk mendengarnya hanya setelah membaca komen Saudara Azlan di dalam entri mana pun dah tak ingat.(terima kasih bro, antara pembaca dan pengomen setia).

Dengan gambar covernya yang agak pelik, saya jangkakan album ini pastinya akan dipengaruhi oleh keadaan semasa (awal 90an yang kebanyakan band metal berubah). Ianya juga adalah salah satu punca kenapa ianya tidak di ambil endah. Ternyata saya salah. Metal Church masih mengekalkan bunyi heavy metal atau ada yang menggelarkannya sebagai power metal acuan USA. Mereka langsung tidak terpengaruh dengan keadaan semasa pada ketika itu.


Ada lagunya yang kedengaran seperti Judas Priest (Down To The River) tetapi seacara keseluruhannya ia mengingatkan kepada album Savatage - Edge Of Thorns yang dikeluarkan pada tahun yang sama (awal tahun manakala Hanging In The Balance pada akhir tahun). Rupa-rupanya Paul O'Neill yang bertanggungjawap dalam album tersebut juga terlibat di dalam album ini dan bertindak sebagai musical coordinator selain pernerbit dan pencipta lagu bersama untuk 3 lagu.

Walaupun ianya agak berbeza dari album-album awal, kerana muziknya yang lebih lembut dan sangat melodic.Tetapi ianya telah menjadi salah satu album kegemaran saya. Hampir 2 minggu berturut-turut mendengarnya tanpa jemu. Kadang-kadang kita tak perasan pun benda yang bagus yang ada di dalam simpanan kita. Memang betullah kata-kata orang kampung saya, Dont judge a book by its cover...hahaha...





Sunday, April 18, 2021

Helloween

Sementara menunggu album terbaru Helloween yang akan berada di pasaran pada 18hb Jun nanti (telah pun di pre-order cdnya) sempat juga melengkapkan kesemua discography studio album mereka.


Secara jujurnya, cd terakhir mereka yang saya beli adalah "Keeper of the Seven Keys : The Legacy"(2005). Itu pun sekadar beli dan tidak pernah mendengarnya secara serius. Tetapi setalah kembalinya Kai Hansen dan Michael Kiske, dan berpeluang pula menonton konsert mereka di Kuala Lumpur pada tahun 2018 yang lalu. Rasa bersemangat pula untuk kembali mendengar album-album mereka yang terkini.

Hasilnya, Gambling With The Devil (2007), 7 Sinners (2010), Straight Out of Hell (2013) dan My God-Given Right (2015) telah pun berjaya dimiliki secara sekaligus. Ambil masa jugalah untuk mendengar kesemuanya. Kalau rajin nanti adalah entri berkenaannya satu-satu. Tapi kalau malas, tunggu sahajalah cerita tentang album baru 😁


Cd-cd mereka yang ada dalam simpanan. (ada juga dalam simpanan beberapa keping kaset dan lp yang malas nak kembur untuk diambil gambar 😁). Nampaknya saya tidak mempunyai walau satu pun cd album live mereka. Berkemungkinan besar ianya akan menjadi misi yang seterusnya...

 

Thursday, April 15, 2021

Last Warrior

 Antara yang baru masuk koleksi...

Turbo - Last Warrior (1988)

Band yang boleh masuk kategori Obscure Metal. Tak ramai tahu. Saya sendiri sekadar tahu nama. Awal tahun 90an dahulu pernah terbaca ulasan album mereka yang bertajuk Dead End (1990). Tetapi memang tak berpeluang nak dengar.

Percubaan di youtube menarik minat untuk membeli. Turbo adalah sebuah band yang berasal dari Poland. Memang patut la tak ramai yang tahu. Last Warrior adalah album berbahasa inggeris mereka yang pertama. Ianya juga ada diterbitkan dalam bahasa ibunda mereka dengan tajuk yang berlainan. Apa yang saya baca, album ini merupakan perubahan muzik mereka dari genre heavy metal kepada thrash. Apa yang berlaku di Malaysia nampaknya sama juga apa yang berlaku di Poland. Menjelang hujung 80an, ramai yang berubah menjadi thrash.

Last Warrior adalah sebuah album thrash yang bagus dan sedap. Rif-rif yang melodik dan hangguk kepala. Muziknya agak teknikal dengan solo-solo gitar berapi tetapi dalam masa yang sama sangat bermelodi. Tak ada yang saya tidak suka dengan mereka. Pengaruh Metallica dan Slayer amat ketara di dalam album ini. Malah jeritan vokalisnya mengingatkan saya kepada Tom Araya

Kalau muzik anda thrash... ini sememangnya makanan anda! 

 

Monday, April 12, 2021

What Comes Around Goes Around

 Kenangan era glam metal...

Tuff - What Comes Around Goes Around (1991)

Antara band yang tidak bernasib baik. Muncul ketika pengakhiran era kegemilangan genre atau fesyen yang dipanggil hair/glam/pop metal. Pada ketika itu, muzik rock yang berat berubah ke arah Pantera (grove metal) manakala yang lainnya menjadi seperti Nirvana (grunge).

Sebagus mana pun mereka, muzik dan gaya mereka sudah di anggap ketinggalan zaman. Begitulah nasib yang menimpa Tuff. Kalaulah album ini dikeluarkan 2 tahun lebih awal, mungkin nasib mereka secerah Skid Row. Apa yang mereka dapat hanyalah sekadar tempias kegemilangan tersebut. Lagu balada mereka "I Hate Kissing You Good-Bye" sempat juga bersiaran di MTV. Mungkin itu sahajalah yang boleh diingati tentang mereka.

Tetapi sebenarnya album ini banyak lagu bagus. Baik lagu yang rancak (Ruck A Pit Bridge, Spit Like This, Good Guys Wear Black) mahupun yang balada (So Many Seasons, Forever Yours). Ianya adalah hidden gem dan bolehlah dikatakan sebagai underated bagi yang sukakan muzik yang sebegini. 

Nak cari cdnya dengan harga marhean pun agak payah juga sekarang. Bertahun dah cari masih tak dapat...


Friday, April 9, 2021

Gila Format - Coma of Souls

 

Kreator - Coma of Souls (1990)

Album yang bagus selayaknya di"gila format"kan. Antara album yang banyak kenangannya ketika di zaman remaja.

Ini album Kreator yang paling dekat di hati. Kasetnya dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Cd pula adalah dari zaman Tower Records di KL Plaza. Manakala versi piring hitam yang tak kaler hitam (remastered coloured triple vinyl - 2018) hanya baru dimiliki pada bulan yang lepas. Terimakasih kepada Azli DYS Distro yang menjualnya dengan harga kasih sayang (lebih murah dari harga lp reissue album tempatan).


Memang berbaloi betul beli yang ini. Inlay/sleeve dipenuhi dengan pelbagai gambar dan info yang ditulis sendiri oleh Mille Petrozza. Terdapat juga bonus track dari persembahan live mereka di tahun 1991. Ini betul-betul "value for money"


Ada banyak album Kreator yang bagus. Tetapi Coma of Souls adalah kaset mereka yang pertama di beli. Ianya akan sentiasa ada nilai sentimental di hati....




Tuesday, April 6, 2021

Tanda Tanya

Penangan WFH, banyak pula cd-cd yang dulunya sekadar beli dan simpan kini ada masa untuk didengar...

Lipan Bara - Tanda Tanya (1991)

Pernah baca tentang mereka terutamanya di surat khabar Mingguan Malaysia dan majalah URTV. (rujukan terbesar untuk scene rock melayu pada ketika itu). Imej penyanyinya yang berambut perang memang mudah untuk menarik perhatian.. Kalau tak silap mereka adalah juara pertandingan Rock Galactica (1988) dan pernah muncul dalam album Rock Galactica (1989) bersama band-band finalis yang lain.

Sayangnya pada ketika itu saya sudah mula kemaruk dengan album-album rock antarabangsa menyebabkan banyak keluaran rock tempatan pada penghujung 1989 dan ke atas tidak berapa di ambil kisah. Tak pernah dengar Rock Galactica (pada ketika itu lah) dan tak pernah tahu juga kewujudan album Tanda Tanya ini.

Melihat cover album ini baru saya tahu yang penyanyinya bukan lagi orang yang sama. Yang menjadi vokalis untuk album ini adalah Oney (vokalis MAY untuk album Penaklukan). Vokal beliau yang pada ketika itu baru berumur 19 tahun memang sangat bagus. Sayangnya lagu-lagu mereka tidak menepati citarasa saya.

Terdapat 5 lagu rancak dan 5 lagu perlahan. Lagu-lagu rancaknya tidak lah terlalu berat manakala lagu perlahannya jenis meleweh yang memang popular di era 90an. "Arasy" dan "Gypsi Blues Tua" adalah antara lagu yang agak keras. "Tandatanya" pula seakan-akan lagu "Scorpions - Is There Anybody There?".

Lagu perlahannya ada yang macam biasa dengar. Bila melihat inlay, rupa-rupanya ianya adalah lagu ciptaan JS Kevin ("Kisah Seribu Rasa" dan "Itu Yang Mampu"). Mungkin album sebegini sesuai untuk yang sukakan lagu-lagu perlahan yang meleweh.

Dalam lambakan band-band rock pada zaman tersebut, promosi dan nasib mungkin memainkan peranan. Berkemungkinan besar kedua-duanya tiada pada mereka. Tak pernah rasanya mendengar lagu mereka di radio.



Sunday, April 4, 2021

Unleashed in the East: Live in Japan

Antara cd yang baru dimiliki...

Judas Priest - Unleashed in the East: Live in Japan (1979)

Kalau anda adalah pengemar Judas Priest di era 70an, semua lagu-lagu di dalam album ini adalah makanan anda. Exciter, Sinner, The Ripper, The Green Manalishi (With The Two-pronged Crown), Diamonds and Rust.... Arghhh...rasa macam tak puas kan. Ada banyak lagi lagu-lagu best mereka dari era 70an yang sepatutnya dipersembahkan. Kena buat 2 disc kot baru boleh puashati. 

Tapi ada juga yang mempertikaikan ini bukannya sebuah album yang betul-betul live. Dan ianya telah pun dah disahkan sendiri oleh Rob Halford dan juga dari buku biography "Heavy Duty -  KK Downing". Sememangnya ada rakaman semula di bahagian vokal. Tetapi di bahagian lain terutamanya kerja gitar KK dan Glenn adalah rakaman asal dari konsert tersebut.

Tak kisah lah live kat Jepun atau pun dalam studio. Yang penting lagu-lagunya sedap dan permainan muziknya memang mantap. Nak lagi best kena dengar guna ear/headphone. Baru terasa seolah-olah solo-solo KK Downing dan Glenn Tipton di sebelah kiri dan kanan telinga tu macam betul-betul berada di depan mata...eargasm!




Thursday, April 1, 2021

Forbidden Evil

Lagi kenangan dari zaman remaja... 


Forbidden - Forbidden Evil (1988)

Mendengar semula album ini mengembalikan ingatan kenapa pada suatu ketika dahulu saya begitu kemaruk dengan scene thrash dari Bay Area, San Francisco. 

Forbidden Evil mungkin bagi sesetengah orang ianya tiada kelainan. Tetapi bagi saya kalau dah lain perginya bermakna ianya bukan lagi thrash. Diterbitkan ketika genre sebegini sedang memuncak. Sudah semestinya ia adalah thrash yang generic. Thrash yang "straight forward". Kasar, laju tetapi dalam masa yang sama mempunya riff dan solo-solo yang melodic. Forbidden lebih kepada cara Exodus berbanding cara Metallica.

Yang paling saya suka tentang album ini sudah semestinya di bahagian twin gitar mereka. Craig Locicero dan Glen Alvelais banyak menghasilkan riff dan solo yang teknikal tetapi bermelodi. Ianya mengingatkan saya kepada Alex Skonick dari Testament. Satu lagi kekuatan mereka pada saya adalah vokalisnya, Russ Andersons. Dia mempunya vokal high pitch yang bagus. Jangan lupa juga, pemain drum mereka adalah Paul Bostoph.

Mungkin ini bukanlah yang terbaik. Tetapi ianya sebuah album wajib ada untuk pengemar sound thrash dari Bay Area.