Friday, April 9, 2021

Gila Format - Coma of Souls

 

Kreator - Coma of Souls (1990)

Album yang bagus selayaknya di"gila format"kan. Antara album yang banyak kenangannya ketika di zaman remaja.

Ini album Kreator yang paling dekat di hati. Kasetnya dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Cd pula adalah dari zaman Tower Records di KL Plaza. Manakala versi piring hitam yang tak kaler hitam (remastered coloured triple vinyl - 2018) hanya baru dimiliki pada bulan yang lepas. Terimakasih kepada Azli DYS Distro yang menjualnya dengan harga kasih sayang (lebih murah dari harga lp reissue album tempatan).


Memang berbaloi betul beli yang ini. Inlay/sleeve dipenuhi dengan pelbagai gambar dan info yang ditulis sendiri oleh Mille Petrozza. Terdapat juga bonus track dari persembahan live mereka di tahun 1991. Ini betul-betul "value for money"


Ada banyak album Kreator yang bagus. Tetapi Coma of Souls adalah kaset mereka yang pertama di beli. Ianya akan sentiasa ada nilai sentimental di hati....




4 comments:

  1. thrasher germany ni jarang mengecewakan. mula minat mereka masa dengar album extreme aggression.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun bermula dari Extreme Aggression... Tapi Coma Of Soul adalah yg pertama di beli kasetnya

      Delete
  2. aku teringin betul nak beli ep mereka yang ada kepala keluar kat air darah tu. harap satu hari aku dapat lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Out of the Dark eh?... Aku pun tak ada EP tu..

      Delete