Saturday, April 24, 2021

Glory To The Brave

 

HammerFall - Glory To The Brave (Deluxe Edition 2006)

Tak ada nak cerita apa pun. Dulu dah pernah buat ceritanya di >sini<. Sekadar nak bagi tau akhirnya berjaya juga memiliki cd Glory To The Brave versi original. Dulunya sekadar ada versi Asia Link. Tidak ada yang berbeza pun dari segi bonus track dari cd Deluxe Edition 2003 yang di copy oleh Asia Link. 

Atas - versi Deluxe Edition, Bawah - versi Asia Link

Tak pasti pula enhanced part versi Asia Link boleh berfungsi. Tak pernah cuba membukanya di pc. Yang berbeza cuma covernya versi gambar penuh dan di datangkan dengan kotak cover plastik. Inlay didalamnya juga berbeza tetapi gambar-gambar band member adalah sama.

Misi seterusnya jika ada rezeki mahu menjadikannya sebagai album gila format (kaset dah ada tinggal nak cari versi lp). Tak pun mungkin juga mencari cd "Legacy of Kings" terlebih dahulu. Satu lagi album mereka yang saya cuma ada versi Asia Link.


6 comments:

  1. serius, satu-satunya album studio HF yang aku belum ada (AsiaLink ada, tapi tak kira), kalau tak memang complete discography album studio HF aku

    album terkini Dominion ada order kat eBay, tapi since November belum sampai-sampai, sedih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku baru nak kumpul balik HF ni... Yg baru dapat selain yg ni adalah Dominion dan (r)Evolution... Legacy of Kings otw..

      Delete
  2. Syok ni kalau dengar format LP bang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...aku beli lp bukan pasal soundnya...itu ikut masing2 punya sound system dan telinga... tapi aku beli pasal sizenya...puas oo pegang sambil belek2 gambar...

      Delete
    2. Repost balik. Pernah komen as anynomous guess... 😁

      Kenal dgn hammerfall tahun 1998. masa tu zaman napster, winamp, mp3. beli kompilasi mp3 yang mengandungi salah satu album terbaik mereka - legacy of the kings. bila dah berkemampuan, beli lagi album original kedua hingga ke 7. dan jumpa album legacy of the kings versi asialink kat kedai uncle di wisma campbell. mmg susah nak cari cd original glory to the brave and legacy of the kings. bagi aku, hanya album pertama dan kedua dan mungkin ketiga yang menarik. lain tu mcm typical power metal. speed, power, melodic tapi tak mampu lagi menarik. sekali dgr 2-3 lagu trus simpan dekat rak. album pertama dan kedua ni lain skit. masih ulang dengar time to time. the best in in 80s then 90s but not 20xxx.

      Komen baru.
      To be fair, need to buy originals. Dulu tertipu dgn marketing asialink "mid price" tag. Konon cd ori tapi mid price.

      Delete
    3. Aku betul2 follow sampai Crimson Thunder... lepas tu aku rasa tepu dah... sekarang pelan2 nak collect balik semua studio album mereka.

      Delete