Tuesday, August 9, 2022

Hammer of Dawn

 Album terbitan tahun ini (2022)...

HammerFall - Hammer of Dawn (2022)

Saya sukakan HammerFall tetapi agak “lost” selepas album ke-4 (Crimson Thunder – 2002). Tepu dengan genre power metal antara puncanya. Album-album selepas tu sekadar mendengar sambil lalu. Tiada yang benar-benar melekat di dalam kepala.

Tetapi lain pula ceritanya untuk album terkini dari mereka. Sekali dengar pun dah menangkap ke kepala. Ianya mengembalikan ingatan ketika kali pertama mendengar “Glory To The Brave – 1997”.

Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang baru atau berlainan, tetapi mereka telah menghasilkan apa yang sepatutnya dari genre sebegini. Ianya tidak berlebih-lebih dan tidak juga ada yang kurang. Tidak ada apa tidak disukai. Lagu-lagu dan solo-solo gitar yang melodic dan menyeronokkan. Ianya lebih konsisten berbading album-album yang sebelumnya.

Semua lagu sedap. Tak perlu skip tetapi di dalam 10 lagu tersebut, "Not Today" adalah yang paling menangkap. Lengok melodic gitar line nya tu betul-betul berbunyi rock melayu. Lama dah mereka tak mempunyai lagu perlahan yang betul-betul sedap.

Hammer of Dawn pastinya akan menjadi salah satu album kegemaran dari tahun 2022. 





1 comment:

  1. album Dominion macam baru je kan? tup-tup dah ada album baru... tapi bila check balik Dominion rilisan 2019, kah kah kah... memang tak terasa wasted years pandemik 2 tahun tu

    ReplyDelete