Friday, August 19, 2022

High 'n' Dry

Beberapa minggu lepas dalam menunggu ketibaan album baru Def leppard, sempat pula "TER"beli piring hitam yang ini.


Def Leppard - High 'n' Dry (1981)

Kenangan tentang album adalah kerana ianya adalah kaset asli (orang puteh) yang pertama saya beli. Sebelum itu semuanya adalah versi cetak rompak terutamanya jenama Apache.

Membeli kasetnya dulu pun adalah secara cuba jaya. Kedai kaset di pekan Ulu Tiram tempat saya mengabiskan duit belanja sekolah untuk membeli kaset amat jarang atau rasanya memang tak ada pun menjual kaset asli (original). Tetapi menjelang tahun 1988, dengan kempen membasmi cetak rompak yang lebih meluas, mereka mula menjual kaset-kaset asli tak kira yang berbahasa melayu mahupun inggeris.


High 'n' Dry adalah antara kaset original yang pertama di jual di kedai tersebut. Kalau ingatan saya masih betul, kaset asli berbahasa inggeris dijual pada harga RM11.00 dan berbahasa melayu pada RM9.00. Ini adalah harga pelanggan biasa (regular customer), kalau tak biasa memang tak akan dapat dengan harga diskaun tersebut.

Ketika itu, tak pernah dengar pun High 'n' Dry. Tetapi disebabkan jenama "Def Leppard", maka timbulnya rasa teruja untuk membeli. Maklumlah zaman sebelum internet dan tinggal pula di ceruk Felda memang kehidupan macam katak bawah tempurung.


Mulanya agak kurang berminat. Ketika itu agak kurang masuk dengan muzik yang berpaksikan ACDC. Tetapi lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, mula jatuh minat. Tambah pula apabila Def Leppard sediri semakin berubah menjadi pop dan komersial, sound dan lagu-lagu era awal ini terasa lebih menarik.

Sebagai peminat, kita sememangnya terpaksa menerima perubahan. Suka atau tidak, terpulang kepada selera masing-masing. Tetapi yang pastinya tanpa Pete Willis dan Steve Clark, Def Leppard tak mungkin akan dapat kembali kepada sound muzik yang sebegini.

Switch 625 akan sentiasa menjadi salah satu lagu instrumental kegemaran...



No comments:

Post a Comment