Mendapat khabar yang Steve Grimmett, vokalis kumpulan Grim Reaper telah pun meninggal dunia.
Tak adalah mengikuti sangat perkembangan karier beliau. Tetapi album-album Grim Reaper memang sedap. Mereka adalah diantara band yang wujud dari zaman NWOBHM. Dan vokal beliau adalah antara yang terbaik dari zaman tersebut.
Sesiapa yang pernah membaca majalah Metal Hammer atau Kerrang! pada tahun-tahun 80an, pastinya akan terbaca tentang mereka. Maklumlah band-band British pastinya akan mendapat publisiti yang lebih dari 2 majalah tersebut.
Seperti kebiasaanya, saya hanya dapat membaca dan melihat gambar tetapi tidak berpeluang untuk mendengar muzik mereka. Tak ingat samada kasetnya ada di jual dan tak pasti juga samada lagu-lagunya pernah saya dengar pada ketika itu. Maklumlah, ketika itu banyak juga mendengar kaset kompilasi dan dubbing dari kawan-kawan. Tetapi ada yang dah tak boleh nak diingat.
Yang betul-betul saya dengar hanyalah ketika zaman ujudnya MP3 (2000an). Pada ketika itu barulah saya perasan yang lagu "See You in Hell" pernah saya dengar pada satu masa dahulu. Ketika itu jugalah baru perasan yang Steve Grimmett juga adalah vokalis untuk album Onslaught - In Search of Sanity (1989).
Dan yang betul-betul membuatkan saya mula terpikir untuk mencari cd Grim Reaper adalah apabila tertonton video clip kumpulan Weezer - We Are All on Drugs dalam satu rancangan televisyen. Tak ingat rancangan apa. Video Clip tersebut menggunakan footage dari video clip Grim Reaper - Fear No Evil.
**Sedikit trivia untuk Steve Grimmett, beliau adalah salah seorang yang mencuba nasib untuk menjadi vokalis Iron Maiden selepas Bruce Dickinson. Sayangnya beliau tidak terpilih. Mungkin pada ketika itu Steve Harris cuba untuk mencari suara yang tidak mirip kepada Bruce ataupun Paul Di'Anno.
Thanks for the music Sir,
Steve Grimmett
(19 August 1959 – 15 August 2022)
No comments:
Post a Comment