Kesinambungan dari entri lepas (On Target)
Bad Moon Rising - Blood (1993)
Satu lagi album yang tak pernah di dengar pada ketika ianya diterbitkan. Bad Moon Rising adalah band Doug Aldrich selepas Lion dan sebelum beliau menyertai Dio untuk album Killing the Dragon (2002).
Blood adalah album kedua mereka. Saya memilih album ini kerana hubung kaitnya dengan Bangalore Choir - On Target. Pemain bass dan drummernya adalah orang yang sama. Mereka meninggalkan Bangalore Choir selepas band tersebut gagal.
Seperti On Target, Blood juga diwar-warkan sebagai 'hidden gem bagi pengemar muzik glam/hair metal di era 90an. Ianya diterbitkan ketika demam grunge sedang melanda. Maka tak hairanlah kenapa album sebegini gagal dipasaran walaupun ianya sangat bagus. Saya sendiri asalnya menjangkakan yang mereka adalah sebuah band rock alternatif.
Jika anda mendengarnya kerana Doug Aldrich, pastinya akan berpuas hati. Kerja gitar beliau sememangnya hebat. Kalau tak, tak kan lah Ronnie James Dio dan David Coverdale juga menggunakan khidmat beliau selepas dari ini.
Dan jika anda mendengarnya kerana inginkan sebuah album hard rock yang berkualiti, pastinya anda juga akan berpuas hati. Terutamanya jika anda sukakan album hard rock dengan pengaruh blues.
No comments:
Post a Comment