Friday, January 8, 2016

Juara Juara Rock 2

Atas permintaan Deaf...sebenarnya kalau ikutkan nak buat ikut turutan yang pertama dulu sebelum yang ini...


Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015

Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...

JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).


Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.


Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.


Dari segi sound pula, saya tak pasti dari mana sumbernya diambil. Adakah sama seperti cd keluaran 2001 kerana saya dapati soundnya ada sedikit tenggelam berbanding dari keluaran 2001. Tetapi secara keseluruhannya masih ok. Bukanlah satu masalah sangat.

Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.



Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.

Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian,  Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.


*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<




8 comments:

  1. Sound effect utk album JJR ni mmg aku ske sgt...baik guitar maupun drum.. lgu2 dlm JJR2 ni pun mmg best2 belaka... setiap roker mmg kene ada album ni...

    ReplyDelete
  2. all i can say is waw!
    tak pernah disangka akhirnye JJR2 in cd format after so many years.
    teringat aku dulu2 tengok muzik2, may perform Bayangan Hidup. Kawan aku kat sekolah waktu tu satu paling tak berkenan dia solo Abu lagu ni haha. BEST ALBUM NI

    ReplyDelete
  3. Wah..sama sebijik mcm kaset.best la.nak cari satu

    ReplyDelete
  4. ciss eja pun salah scandaila pulak

    ReplyDelete
  5. mengujakan.. saya sokong berteromber... ini khazanah negara. mana bleh main cincai saja.. harap pihak dorang membaca lah rebiu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. sy dpt info cd reissue ni pon dr bolg bertomber jugak..di kl sy nk beli cd2 ni pon yg sy tau di sg wang plaza dan aunty campbell jer..dan di melaka( my kg) pula di mahkota parade nama kedai lupe tp ade 2 kedai cd..situ memng lg byk cd2..silap2 kalah yg di kl ( kedai yg sy sebutkan di atas)

      Delete