Tuesday, May 20, 2014

Far Beyond Driven

Album no 1 yang dah berusia 20 tahun.


Pantera - Far Beyond Driven (1994)

Album ini mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard ketika ianya diriliskan. Suatu pencapaian yang memang membanggakan kalau dilihat dari segi muziknya yang agak berat dan ekstrim. Tetapi saya tak rasa ianya ada berkaitan dengan album ini sebagai satu album yang bagus. Mungkin ianya lebih kepada populariti Pantera yang memuncak pada ketika itu.

Jujurnya saya kurang gemar dengan album ini. Saya memang kurang berminat dengan genre groove metal. Tambah-tambah pula muzik mereka semakin kurang aggresifnya.Semakin meleweh. Sound yang berat tidak bermakna ianya aggresif. Mungkin ianya seperti seseorang yang sedang marah tetapi dalam masa yang sama dia di dalam keadaan kepenatan. Entahlah...saya pun tak pasti samada anda faham tak apa yang saya cuba maksudkan...heheh...


Mungkin mereka terlalu mencuba untuk mengatasi "Vulgar Display of Power". Akibatnya semua seperti terlebih. ("Overdo"). Cuba untuk menjadi lebih berat...menjadi lebih dalam...lower and lower...Sayangnya mereka terlupa formula "lagu" yang bagus. Setakat meletakan riff-riff berat dan kasar tidak bermakna menjadikan sesuatu lagu itu sedap. Akibatnya album ini menjadi sangat mendatar bunyinya walaupun produksinya sangat tip top.

Entahlah, saya sememangnya sedikit kecewa dengan album ini. Maaf peminat Pantera. Pada saya "Far Beyond Driven" sedikit membosankan. Kalau inginkan Pantera, saya lebih suka untuk mendengar "Cowboys from Hell" ataupun "Vulgar Display of Power".

Walaupun begitu, tetap juga saya memiliki album ini dalam bentuk kaset dan cd. (parah jadi seorang cdholic ni... :P )








6 comments:

  1. seriously aku tak follow pantera... paling2 pun cuma ada kompilasi reinventing hell

    ReplyDelete
  2. Lagu 5 minutes alone je pada aku yg best dalam album ni.. Aku pun tak follow pantera,tah napa susah nak masuk..yg ada pun album cowboys from hell je

    ReplyDelete
  3. aku lagi lah tak pena dengar pantera ni..

    ReplyDelete
  4. Album ni abg aku ada beli tape dia masa tu, dengar sekali pusing je masa tu, tapi tak dapat menjiwai. So, aku tinggalkan sampai sekarang. Nanti nak cari balik la tape ni, nak try lagi sekali hadam ke tak. hehe.

    ReplyDelete
  5. betol jugek bro teromber ckp,bila buat sesuatu yang terlebih nila jadinyee....dan lebih payah nak kekalkan sesuatu tu menjadi lebih baek.aku ada kaset album pantera ni cuma cd nya tak beli lg

    ReplyDelete
  6. masa zaman dulu, kawan2 kaum Cina pun beli cd dan kaset band ni.. tu la penjualan mereka memang tinggi, cam Metallica black album gitu

    ReplyDelete