Tuesday, November 2, 2010

Cowboys From Hell

Dah Nov dah...aku ada 2 bulan jer lagi nak siapkan tribute album2 tahun 1990 sempena 20 tahun usia album2 tersebut...cekidot post aku yang lepas2 kat SINI...(untuk makluman...ini hanyalah untuk album2 yang aku ada cd atau kasetnya dan yang aku rajin nak buat sahaja... :P)



Kali ni cerita pasal album ke 5 Pantera...Cowboys From Hell...album yang menjadi breakthrough mereka...mungkin bagus jugak kot 4 album awal mereka gagal mendapat sambutan...kalau berjaya...dah tentu2nya mereka tak akan keluarkan album thrash yang sebegini...dah tentu2 mereka akan kekal berimejkan seperti Poison dan Motley Crue...imej glam metal...imej yang sekarang ni kalau boleh dorang nak padam terus dari sejarah Pantera...pernah terbaca kalau ada fan bawak cd2 zaman glam tu untuk dorang sign...dorang memang tak nak...tak mengaku itu dorang...lawak seh kalau tengok Phil Anselmo zaman tu...ala2 Bret Michaels gitu...auuu...

Di era tahun2 90an...ketika dunia dilanda deman grunge...Pantera lah yang terus mengibarkan bendera heavy metal di dunia mainstream (di US khasnya)...ketika era anti gitar hero melanda..Dimebag Darrell lah muncul sebagai penyelamat...aku banyak terbaca artikel yang mengatakan Cowboys From Hell adalah salah satu album terpenting dalam sejarah metal...di sini bermulanya apa yang di panggil groove metal..ntah la..aku tak pandai dalam mengkategorikan muzik ni...apa yang pasti bagi aku...album ni masih kuat bunyi thrashnya...manakala album2 selepasnya...walaupun dorang semakin heavy...Dimebag dah start main downtuned...mungkin dia kot yang created Nu-Metal dengan stail downtuned ni...Vocal Phil Anselmo pun sama...kalau korang perasan...CFH lah satu2nya album yang dia nyanyi high-pitched vocals ala2 Rob halford...manakala album2 selepas tu dah mendatar dan guna vocal growl...

Apa2 pun aku memang suka sound gitar dan rif2 Dimebag ni...unik...bak kata kawan aku dulu jenis rif tersekat2...“chugga chugga” tu kan...sayangnya dia mengikut jejak langkah salah seorang idolanya Randy Rhoads mati muda...

Secara jujurnya...masa tahun 1990 tu...aku cuma dapat membaca review2 dan artikel pasal CFH ni dari majalah2 ajer...kasetnya memang tak jumpa ada jual pun...dari artikel2 yang puji melambung tu la aku kenal Pantera...sebagai true poser (heheh)...aku siap tampal logo Pantera kat kulit calculator aku time gi kuliah...padahal tak pernah dengo pun macamana bunyinya Pantera ni...

Setahun selepas tu...terjumpa tape video VHS Pantera live ada jual kat Kat Holiday Plaza, JB...tu jam la baru dapat dengar dan tengok...ooo gini rupanya...start dari tu la aku mula follow dorang...sebenonya 3 album jer..CFH, Vulgar Display of Power dan Far Beyond Driven...album lepas tu dorang dah mula mengarut...bosan..


Zaman ni Dimebag masih guna nama glam Diamond...auuuu



Walaupun CFH ni tak la seheavy VDOP...Pantera ni jenis yang makin heavy setiap album...(lagi satu Skid Row)...CFH adalah album perubahan dorang dari glam ker extreme metal...lagu2 yang sedikit mellow dan ada touching thrash macam Cemetery Gates, The Sleep atau Medicine Man memang dah tak jumpa la kat album selepas ni...satu perubahan yang aku tak berapa setuju la kalau korang tanya pendapat aku...album2 post FBD memang hampeh...sayang dorang dah tak main thrash macam gini lagi...

So apa yang best pasal CFH ni...pada aku ada 2 lagu yang betul2 worth it untuk dicekidot...Yang pertama lagu yang jadi tajuk album Cowboys From Hell...aku suka rif lagu ni..time kalau driving long distance...memang segar bijik mata...yang ke duanya lagu ala2 Fade to Black/Sanitarium....Cemetary Gates...mula2 slow mendayu...pastu masuk part hanguk kepala...memang best.

Lain2 tu kira boleh la...pasal aku mendengar album ni betul2nya selepas album Vulgar Display Of Power...maka sememangnya aku lebih familiar dengan lagu2 dari Vulgar berbanding Cowboys ni...selain 2 lagu aku sebut tadi...aku layan gak la dengar Primal Concrete Sledge dan Psycho Holiday...

Bukan yang terbestest...tapi ok la..

9 comments:

  1. hehehe..gua pon sama dulu...suka lukis logo band metal..termasuk pantera, tp x penah pon dgr muziknya...yg cover muka kena penumbuk tu kan vulgar?..

    tapi 1st time dgr lagu diorg, cemetery gates,..soundtrack the crow..aihh..x heavy pon ;p

    ReplyDelete
  2. Aku belajar dengar Pantera ni pasal album ni je laa...lain aku tak tau..

    ReplyDelete
  3. Aku miss beli album ni. Album penting thrash ni...kena masuk dalam list aku.

    ReplyDelete
  4. Jemz...a'aa..gambo muka kena penumbuk tu Vulgar...aku dulu siap ada tshirt...warna putih...tak tau mana pegi sekarang...ntah2 mak aku dah buat kain buruk kot...

    Skid...ala biasa la tu...ko lepas 1990 kan sibuk layan NKOTB dan Tommy Page...hahaha...

    Mhagnoth...untuk kaki kolektor thrash...ni memang wajib.

    ReplyDelete
  5. ...album Vulgar, try riff Mouth For War yg sungguh kejam dan terasa ingin menumbuk orang... argghhh!!!!

    ...untuk penutup, boleh layan Re-inventing the Steel, last album Pantera dgn lagu Revolution Is My Name memang... aarrggghhhh!!!!!!

    ...untuk sesiapa yg masih merindui mereka (sebelum Dimebag mati) boleh sambung album band Damageplan...

    ReplyDelete
  6. tgh cuba2 blajar nak dgr pantera.. honestly mmg tak follow la pantera ni

    ReplyDelete
  7. judas priest membawa pantera dan annihilator ( yang hebat tu )sebagai band pembuka dalam siri promosi ' painkiller'. jeff waters vs diamond darell yang memgkagumkan mr. kk downing dan mr. glenn tipton

    sejak tu mereka trus jadi hebat, besar dan glamer dengan album vulgar. gua layan koboi setelah layan vulgar dan genre groove metal mula dikenali.

    kali petama tengok gambo glam pantera, tak caya tengok phil anselmo yang rebel tu penah pakai eye shadow cam bret michaels. har fragin har!

    waiting for the turning point - superjoint ritual

    ReplyDelete
  8. RIP Dimebag...

    Mesti dia bahagia dalam keranda dengan gitar milik EVH

    ReplyDelete