Wednesday, December 26, 2012

Vulgar Display of Power

Menyambut ulangtahun yang ke 20


Pantera - Vulgar Display of Power (1992)

Sesuatu yang menarik berkenaan Pantera adalah ketika kebanyakan band2 metal/thrash cuba untuk menjadi radio friendly, mereka bertindak sebaliknya. Ini mengingatkan saya kepada Skid Row. Menjadi semakin keras di album2 yang berikutnya. Mungkin kerana itulah agaknya mereka memilih untuk tour bersama2 ketika promosi album ini dijalankan.

Pada saya ini adalah album terbaik Pantera. Lagu dan sound yang sangat heavy dan aggresive tetapi dalam masa yang sama mempunyai riff2 yang cukup melodic. Tak salah kalau nak dikatakan merekalah yang membuka lembaran baru kepada heavy metal. Muzik mereka yang juga dikenali sebagai groove metal menjadi pengaruh besar dalam terhasilnya muzik metal alaf baru yang dipanggil Nu Metal.



Dimebag Darrell pada saya keistimewaannya bukanlah terletak kepada solo2 gitarnya tetapi lebih kepada tone dan riff2 beratnya yang sangat catchy. Antara lagu2nya yang sehingga sekarang berjaya meneman saya ketika mengantuk semasa pemanduan jarak jauh adalah "Mouth for War", "This Love", "Walk" dan tak lupa "F---ing Hostile".



T-shirt iron on "glow in the dark" ini adalah antara kenangan saya dengan album ini. Di beli di Rock Station, Komtar, JB. Sekarang kondisinya dah macam kain buruk. Saya sedang bercadang untuk membeli frame dan mengantungnya di bilik. Sekurang2nya ianya masih "glow in the dark"





5 comments:

  1. baju tu kalau jual Ebay mau beribu usd nih...heheheh... RIP Dimebag Darrell..

    ReplyDelete
  2. i agree, album ini antara yang terbaik selepas Cowboys From Hell...Dimebag Darrel bukannya solo-oriented punya guitarist, tapi riff2 beliau memang memorable, ambik contoh lagu "Walk", "I'm Broken" dan "Cowboys From Hell"...dengar aku intro dia kita dah tau lagu apa. Pergh...untung lu bro masih simpan CD ni!

    ReplyDelete
  3. Walk sememangnya track yg aku suka riff nya

    ReplyDelete
  4. kasik frame cpt2... jgn tggu lama2 nnti reput

    ReplyDelete
  5. 1992 - 2012
    20 tahun usia album yang sangat biadap ni!

    ReplyDelete