Tuesday, November 9, 2021

Pink Bubbles Go Ape


Lagi kenangan zaman remaja yang berjaya di "gila format" kan...


Helloween - Pink Bubbles Go Ape (1991)

Album ini adalah satu lagi kapsul masa yang menjadikan saya 30 tahun lebih muda. Ianya mengembalikan ingatan saya kepada ITM Segamat. Suasananya, kawan-kawan dan walkman Philips yang banyak berjasa.

Kaset ini adalah antara yang banyak berputar di dalam walkman tersebut. Ianya dibeli pada 29/04/1991. Lebih kurang sebulan lebih selepas ianya dipasarkan keseluruh dunia (11/03/1991). Antara kaset yang terus dibeli tanpa banyak tanya. 

Versi cd pula dibeli dari Dr Ibrisam ketika zaman beliau belum lagi menubuhkan kedai Rock At Large. Mungkin sekitar tahun 2008 atau 2009. Tak ingat adakah melalui Facebook atau masih lagi zaman forum Metal Terus atau mungkin juga zaman mailing list.


Manakala versi piring hitam pula adalah gara-para panic buying ketika PKP pertama tahun lepas. Ianya di beli melalui e-bay dari Korea Selatan. Ianya adalah hari-hari terakhir postage percuma / murah yang boleh kita dapat dari Korea Selatan. Kerana selepas berlakunya pandemic Covid-19, semua e-bayer dari Korea Selatan mula mengenakan kadar postage yang agak tinggi. Harga posnya ada yang sekali ganda dari harga piring hitam. Memang tak berbaloi.

Tak payahlah ulas pasal albumnya kot. Semua pun dah tahu yang Helloween telah pun berubah menjadi lebih pop dan komersial dengan album ini.


5 comments:

  1. sampai la ni aku belum tertarik picu cari kompilasi Helloween

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham...benda kita nak dengar bukan pada zamannya memang feelnya lain atau kadang tak ada feel langsung...

      Delete
  2. Beli dekat kaset BSN, Seksyen 17, 1991. Aku dengar kaset ni sampai lunyai. Susah nak dapatkan 'feel' macam Keepers dengan production yg lemah dan lead guitar yg dah tone down. Masa ni mula aktif mencari album speed/power metal dari band lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditambah pula dengan munculnya Gamma Ray - Heading For Tomorrow … memang album ni rasa lembut sangat dah…dan majoriti penyokong Helloween mula berpihak kepada Kai Hansen...

      Delete
  3. Mmg dengar Heading for Tomorrow lebih banyak dari Pink Bubbles Go Apes. Tapi second Gamma Ray album Sigh No More pulak experimental ke arah hard rock. Nasib baik album seterusnya Insanity & Genius dan their masterpiece Land of The Free balik semula ke power metal. Masa ni aku dah kat UK, so minat kepada metal dah diverse. Juga masa ni banyak follow british rock.

    ReplyDelete