Wednesday, March 29, 2017

Come in from the Rain

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 29hb Mac...


Andi Deris - Come in from the Rain (1997)

Saya hanya betul- betul menerima kenyataan yang Michael Kiske bukan lagi suara Helloween pada album The Dark Ride (2000). Semenjak itu rasa teringin pula hendak mendengar apa-apa karya lainnya dari Andi Deris.

Asalnya hendak mencari album band lama beliau, Pink Cream 69. Tetapi secara tidak sengaja terjumpa pula dengan album solo ini. Tambah menarik ianya keluaran Jepun yang lengkap dengan obi strip. Dan sudah semestinya ada lagu bonus dan disertakan juga dengan poster sticker. Sangat berbaloi dengan harganya yang tak sampai pun RM25.


Come in from the Rain diterbitkan selepas 2 album beliau bersama Helloween. Namun begitu ianya memang tidak sama seperti Helloween. Satu-satunya lagu yang berbunyi Helloween adalah "King Of Seven Eyes". Itu pun kerana ianya menampilkan rif dan solo-solo dari Roland Grapow dan Michael Weikath bersama Markus Grosskopf di posisi bass.

Lain-lain lagu lebih kepada melodic hard rock. Ada yang kata ianya lebih kepada bunyi Pink Cream 69. Kalau anda sukakan lagu-lagu perlahan Helloween seperti "Forever and One" atau "In The Middle Of A Heartbeat" pastinya anda akan menyukai album ini.


Come in from the Rain menunjukkan kehebatan vokal beliau. Disamping itu ianya juga membuktikan kebolehan beliau dalam penciptaan lagu. Banyak lagu sedap. Beliau semakin diberi kepercayaan dalam menghasilkan banyak lagu-lagu menarik Helloween selepas dari ini.

Hidden Gems!




4 comments:

  1. Tau pasal album ni tapi tak penah dengo.pertama kali tau pasal dia ni kt album helloween time of the oath.memula payah gak nak terima tapi bila dengar banyak kali baru bole hadam.
    Diorang pun ada buat konsert reunion pumpkin united.michi dengan andi gabung,kai hansen pun ada join skali

    ReplyDelete
  2. dia ke yg nyanyi forever and one tu.. baru tau. dgr satu2nya ja lagu hellowen yang ditau

    ReplyDelete
  3. hahaha Forever And One. Terbestest of the bestest.

    ReplyDelete
  4. Kurang RM25, Japan version memang terlajak berbaloilah, tak pasti pernah dengar tak album nie..

    walaupun lebih suka suara Kiske, tapi Mat Derispun best, memang tak boleh bandingkan epal dgn oren..

    ReplyDelete