Thursday, June 13, 2013

Judgment Night (soundtrack)

20 tahun yang lalu...sebuah album runut bunyi yang agak berbeza telah diterbitkan.....



VA- Judgment Night (soundtrack) (1993)

Lama sebelum Limp Bizkit dan ntahapahapantah band seangkatan dengannya bermain rap rock, Run D.M.C/Aerosmith dan Beastie Boys dalam Licensed to Ill dah mempeloporinya terlebih dahulu. Ianya semakin popular di penghujung 80an dan awal 90an dengan munculnya band-band seperti 24-7 Spyz, Faith No More, Living Colour dan menjangkit kepada metal bila Anthrax berkerjasama dengan Public Enemy.

Tapi 20 tahun yang lalu, ada sebuah album soundtrack yang dibuat khas untuk mengabungkan muzik rock dan rap. Tak pasti apa kaitan filemnya dengan muzik begini....dan jangan tanya pasal filemnya...sumpah saya dah lupa..mesti filemnya tak best...tu pasal dah lupa...hahaha...tapi soundtracknya mungkin ok kot...terutamanya jika anda pengemar muzik rap dan alternative awal 90an.




Terus terang saya bukanlah peminat muzik rap. Pernah cuba juga mendengarnya tapi tak boleh nak masuk. Tergoda untuk membeli kaset ini adalah kerana adanya lagu "Disorder" gabungan antara Slayer dan Ice-T. Dan rasanya inilah lagu selain  "Me, Myself & My Microphone" dari Living Colour dan Run D.M.C. yang saya boleh terima. Mungkin mereka dah biasa dengan raprock. Maklumlah Ice-T pun ada band metal. Tapi yang lainnya kurang masuk...kebanyakannya lebih rap dari rock...tu yang buat tak berapa nak suka tu...

Tapi mungkin bagi generasi grunge/alternative boleh cuba kot...maklumlah adanya Pearl Jam, Sonic Youth, Mudhoney, Dinosaur Jr. dan lain-lain. Mungkin kalau banyak band-band metal yang terlibat, mungkin ianya lebih rock dari rap dan boleh membuatkan saya lebih beminat.



***kalau tak silap...Eddie Vedder tak terlibat dalam saoundtrack ni..."Real Thing"  hanyalah gabungan Cypress Hill dan Pearl Jam tanpa Eddie... 




Monday, June 10, 2013

Wayang pilihan...

Sepanjang 2 minggu yang lepas ni agak kurang berpeluang untuk menonton tv...maklumlah cuti sekolah...anak-anak yang duk asrama semua ada kat rumah...tv dah macam dorang punya dah...tapi bila sesekali astro tayang cerita wayang yang menarik...kuasa veto akan digunakan...heheh...

3 wayang yang antara kegemaran sepanjang zaman ditonton di astro HD sepanjang 2 minggu yang lepas...


Legends of the Fall (1994)

Cerita melodrama..kisah 3 beradik yang mencintai wanita yang sama. Berlatarbelakangkan zaman sebelum Perang Dunia Pertama hingga ke tahun 1930an. Lakonan mantap Anthony Hopkins sebagai bapa yang tegas dan berpengaruh tetapi dibayangi dengan penampilan dan lakonan hebat Brad Pitt. Rasanya ini antara lakonan Brad Pitt yang terbaik yang seterus menempatkan beliau ke dalam kategori pelakon kelas A.

Filem ini juga membuatkan saya menyukai Brad Pitt, maklumlah imej rambut panjang ala2 rocker...hahaha...Lama dah tak tengok cerita ni...tapi masa tengok tu tetiba habuk masuk pula kat mata...sumpah...bukan gua emo...tapi memang habuk masuk mata....heheheh...



Good Will Hunting (1997)

Filem yang mengenalkan Matt Damon dan Ben Affleck kepada dunia. Tercalon untuk 9 anugerah Academy Awards, menang 2. Satu untuk Robin Williams (Best Supporting Actor) dan satu lagi untuk Affleck dan Damon (Best Original Screenplay).

Takder nak komplen. Jalan cerita dan lakonan yang terbaik. Kaki filem aksi pun rasanya boleh cair dengan filem drama ni. Siapalah yang tak teringin nak jadi genius yang rebel. Filem yang mula membuatkan saya minat Matt Damon. Sangat rekomended.



Stand by Me (1986)

Filem ini mengenalkan saya saya kepada Stephen King, Mendiang River Phoeix dan Kiefer Sutherland. Ntah berapa kali dah saya menontonnya tetapi tetap tak merasa bosan. Mungkin kerana filem-filem drama bergenra coming of age dan road trip memang selalu menarik minat saya. Stand By Me mengisahkan perjalanan 4 orang sahabat berusia 12 tahun yang mencari mayat seorang budak yang hilang.

Sebagai budak lelaki yang gemarkan adventure, pengembaraan mereka ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman kanak-kanak saya. Kami juga berempat, walaupun pengembaraan kami bukan lah mencari mayat, tetapi kami sering masuk ke kebun kelapa sawit menyusur paya dan belukar sejauh yang mungkin, bercamping makan maggi dari pagi hingga ke maghrib. Cumanya nasib mak bapak tak benarkan, kalau tak sudah pasti kami akan bermalam...manisnya memori zaman kanak-kanak.

Saya sukakan endingnya, terutama apa yang terjadi kepada 4 orang sahabat tersebut. Seperti cerita ini, kawan-kawan karib saya ketika berumur 12 tahun juga hanyalah sekadar memori silam saya. Seorang telah meninggal manakala yang lain-lain telah pun putus hubungan. Zaman Facebook pun tidak akan berjaya merapatkan kami kembali seperti dulu-dulu....

Suka betul saya monologue di akhirnya...

"I never had any friends later on, like the ones I had when I was twelve...Jesus....does anyone?"




Friday, June 7, 2013

Chameleon

Sebuah lagi yang dah berusia 20 tahun...


Helloween - Chameleon (1993)

Mungkin ini album yang paling tidak digemari ramai dari keseluruhan diskography Helloween. Saya juga pada asalnya berperasaan begitu. Tanda-tanda awal Michael Weikath dan Michael Kiske tidak mahu lagi menjadi "helloween" sebenarnya sudah boleh dikesan sejak album "Pink Bubbles Go Ape" lagi. Ternyata Chameleon mengesahkannya.

Lagu pembukaan  "First Time" seolah-olah Helloween masih lagi "Helloween". Tetapi itu sahajalah lagu yang mempunyai feel "Keeper Of The Seven Keys". Lagu-lagu lainnya memang jauh panggang dari api. Ada lagu-lagunya yang pada saya seolah-olah sedang mendengar album Extreme Pornografiti terutamanya lagu-lagu yang mempunyai horn sections. Memang jelas album ini tidak boleh di panggil metal..apatah lagi speed metal.


Walaupunbegitu, ianya bukanlah sebuah album yang tidak bagus. Sangat berkualiti sebenarnya tetapi untuk menikmatinya, anda perlu tolak jauh-jauh perbandingannya dengan album-album awal mereka. Mungkin jika ini album solo Weikath atau Kiske mungkin lebih mudah untuk diterima. Pada saya inilah album Helloween yang paling berjiwa (soul). Lagu-lagunya sedikit progressif dan catchy. Sebuah album hard rock yang sangat baik sebenarnya.



Ini adalah antara album yang banyak kenangannya bagi saya kerana ketika ianya diriliskan, saya baru sahaja berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Disebabkan segala kaset/cd saya yang lainnya ditinggalkan di kampung, Chameleon lah antara yang menjadi peneman saya siang dan malam duduk bersendirian di rumah sewa abang saya. Dari mulanya tak suka, akhirnya menjadi sebuah album yang cukup bernostalgia untuk saya. Teringat-ingat melalak sendirian lagu "Windmill" selepas kepenatan seharian pergi temuduga dan mencari kerja.

Sangat bagus jika anda sukakan muzik hard rock....tetapi kalau nak speed metal sila cari Keepers dan album-album sebelumnya.







Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday : Alleycats - Terimakasih (1979)




Penerbit - Wan Ibrahim
Senikata - M Nasir

Jika Kau Bercinta Lagi (M Nasir)
Aku Terperangkap (M Lloyd)
Kembalilah Kepadaku (Barry Gibb / Maurice Gibb / Robin Gibb)
Tiada Lain Darimu (Billy Joel)
Shahrazad (George Reyam)
Jun (Alleycats)
Terima Kasih (Alleycats)
Dosa (Alleycats)
Engkau Seri Bagai Pelangi (L Ritche)
Gembira Di Hari Lahir (Wan Ibrahim)
Mencari Kesucian
Senandung Semalam (Wan Ibrahim)



**Orang tampal LP lama...aku pun nak jugak...




Tuesday, June 4, 2013

High Voltage

Selain Motorhead, ACDC adalah sebuah nama besar rock yang saya tidak berapa ambil tahu semasa zaman saya budak-budak dahulu. Hanya kebelakangan inilah baru saya cuba untuk mendengar mereka terutamanya ACDC dengan lebih serius. Kali ini saya mencuba album pertama mereka.



AC/DC - High Voltage (1976)

High Voltage bukanlah sebenar-benarnya album pertama mereka tapi ianya merupakan album pertama yang diriliskan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun ianya mengandungi lagu-lagu dari 2 album awal mereka yang hanya diriliskan di Australia, High Voltage dan T.N.T.

Saya tak berapa pasti perihal sejarah muzik tapi bagi saya High Voltage telah mengubah sejarah rock n roll selamanya. Kemampuan AC/DC dalam membuat lagu2 catchy blues based hard rock telah menjadi satu trademark yang kemudian menjadi ikutan di seluruh dunia.



Lagu2 seperti It's A Long Way to the Top, Rock n Roll Singer, The Jack, T.N.T., Can I Sit Next To You Girl, She's Got Balls memang cukup catchy. Satu benda yang saya kagum, mereka hanya menggunakan riff-riff yang simple dan mudah tapi yang dasyatnya boleh pula menghasilkan pelbagai lagu yang sedap-sedap.

Bagi saya peranan Malcolm Young dalam High Voltage dan AC/DC secara keseluruhannya memang patut diiktirafkan. Mungkin ada yang tak bersetuju kalau saya katakan beliau adalah the most under-rated rythm guitarist. Tetapi begitulah nasibnya jika mempunyai adik bernama Angus Young, peranannya seolah2 dinafikan sedangkan hampir semua lagu2 dan riff2 AC/DC adalah dari idea beliau. Bukankah sepatutnya dia berhak mendapat pengiktirafan yang lebih?

Kalaulah dari dulu lagi saya telah didedahkan dengan High Voltage, mungkin dah lama saya menjadi peminat mereka.



Monday, June 3, 2013

Jason Becker: Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

A documentary film about the extraordinary life of a famous, musical prodigy who has been battling against Lou Gehrig's Disease for 22 years. A paralyzing, terminal illness with no real treatment or cure, it has trapped Jason inside of his body for over 15 years; unable to move, unable to speak, and unable to play the instrument which propelled him to international stardom at just 19 years of age. Using an eye communication system invented by his father, Jason is able to escape the confines of his own body and release the music that is trapped inside of his mind"


Lama dah tunggu dokumentari ni sejak-sejak tau ianya akan diriliskan. Akhirnya berjaya juga dengan versi sedut.

Untuk yang tidak mengenali siapa beliau, Jason Becker adalah salah seorang gitar hero di zaman-zaman penghujung 80an. Pemilik Shrapnel Records, Mike Varney yang banyak mencungkil bakat2 baru gitar seperti Yngwie Malmsteen, Paul Gilbert, David T. Chastain, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan berderet-deret lagi gitar shredder hebat adalah orang yang bertanggungjawap mengenalkan Jason Kepada Marty Friedman. Bersama-sama Marty, Jason menubuhkan Cacophony yang sempat menghasilkan 2 album Speed Metal Symphony(1987) dan Go Off! (1988) yang berkonsepkan neo-classical metal.


Jason dan Marty dalam Cacophony

Selepas masing-masing menghasilkan album solo, Marty dengan Dragon's Kiss (1988) manakala Jason dengan Perpetual Burn (1988), Bintang mereka berdua memang sangat cerah. Marty dilamar Megadeth manakala Jason pula dipelawa untuk bersama David Lee Roth. Bukan calang-calang orang nak dapat main dengan David Lee Roth. 2 orang gitarist sebelum beliau, Eddie Van Halen dan Steve Vai menjadi nama besar. Sudah semestinya dalam usia beliau yang baru sahaja mencapai 19 tahun, beliau juga akan menjadi "the next big thing".

Sayangnya nasib tidak menyebelahi beliau. Ketika rakannya Marty menjadi seorang bintang terkenal bersama Megadeth, beliau pula disahkan mengidap Lou Gehrig's Disease (ALS). Penyakit yang membuatnya menjadi lumpuh. Walaupun dalam kepayahan, beliau sempat juga menghasilkan album A Little Ain't Enough (1991) bersama David Lee Roth. Sayangnya beliau tidak sempat untuk mengikut road tour kerana penyakitnya menjadi semakin serius.

Memang sedih menonton dokumentari ni. Bayangkan dari seorang yang aktif, beliau kini tidak mampu lagi mengerakkan apa-apa anggota badannya kecuali kelopak mata. Dokumentari ini, seperti tajuknya di buat (sebahagian besarnya dibiaya oleh peminatnya melalui derma secara on-line) adalah untuk mengingatkan dunia yang beliau masih bernyawa. Masih bersemangat untuk terus hidup dan terus berkarya dalam muzik.

Jason...sekarang

Tetapi yang lebih menyentuh perasaan rasanya adalah pengorbanan kedua ibubapa beliau. Semangat mereka memang sangat mengagumkan. Contohnya bapanya sendiri yang berjaya mencipta alat komunikasi yang mengunakan kelopak mata. Ibunya, bekas tunangnya yang sentiasa disisi. Rasanya tak ramai yang sanggup bersusah payah begini.

ALS adalah sejenis penyakit yang masih belum ada penawarnya. Dokumentari ini bukan sahaja mengenai Jason Becker, tetapi menyedarkan kita bahawa tidak semua manusia ini mempunyai nasib yang baik. Kejayaan yang hampir didepan mata pun belum tentu terjadi jika tidak dengan izin Nya....bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Wajib tonton bukan hanya kepada peminat Jason atau gitar shredder (ada Steve Vai...ada Joe Satriani) tetapi atas nilai-nilai kemanusiannya.


REKOMENDED!