Tuesday, June 4, 2013

High Voltage

Selain Motorhead, ACDC adalah sebuah nama besar rock yang saya tidak berapa ambil tahu semasa zaman saya budak-budak dahulu. Hanya kebelakangan inilah baru saya cuba untuk mendengar mereka terutamanya ACDC dengan lebih serius. Kali ini saya mencuba album pertama mereka.



AC/DC - High Voltage (1976)

High Voltage bukanlah sebenar-benarnya album pertama mereka tapi ianya merupakan album pertama yang diriliskan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun ianya mengandungi lagu-lagu dari 2 album awal mereka yang hanya diriliskan di Australia, High Voltage dan T.N.T.

Saya tak berapa pasti perihal sejarah muzik tapi bagi saya High Voltage telah mengubah sejarah rock n roll selamanya. Kemampuan AC/DC dalam membuat lagu2 catchy blues based hard rock telah menjadi satu trademark yang kemudian menjadi ikutan di seluruh dunia.



Lagu2 seperti It's A Long Way to the Top, Rock n Roll Singer, The Jack, T.N.T., Can I Sit Next To You Girl, She's Got Balls memang cukup catchy. Satu benda yang saya kagum, mereka hanya menggunakan riff-riff yang simple dan mudah tapi yang dasyatnya boleh pula menghasilkan pelbagai lagu yang sedap-sedap.

Bagi saya peranan Malcolm Young dalam High Voltage dan AC/DC secara keseluruhannya memang patut diiktirafkan. Mungkin ada yang tak bersetuju kalau saya katakan beliau adalah the most under-rated rythm guitarist. Tetapi begitulah nasibnya jika mempunyai adik bernama Angus Young, peranannya seolah2 dinafikan sedangkan hampir semua lagu2 dan riff2 AC/DC adalah dari idea beliau. Bukankah sepatutnya dia berhak mendapat pengiktirafan yang lebih?

Kalaulah dari dulu lagi saya telah didedahkan dengan High Voltage, mungkin dah lama saya menjadi peminat mereka.



8 comments:

  1. Lagu TNT dengan lagu dirty deeds done dirt cheap la yang buat aku mula nak tau pasal acdc..hheheh

    ReplyDelete
  2. perghhh lagu Dirty Deeds tu pun antara lagu terawal yg gua dgr dari band ACDC ni pastu baru kenal lagu Highway To Hell, Back In Black etc..Angus still kick ass until today!

    ReplyDelete
  3. Its a longway to the top ada hantu. Best giler.
    Malcolm young tu takde jalan2 eh, maju depan nyanyi bqckup lepas tu gi belakang balik haha

    ReplyDelete
  4. kalau nak tengok Angus Young buat strip tease, cuba la tengok lagu The Jack live.. hehe

    ReplyDelete
  5. actually semua peminat ac/dc recognize Malcolm. Yang tak recognize ialah mereka yang bukan peminat ac/dc.

    ReplyDelete
  6. lagu Dirty Deeds??

    Sebenarnya banyak yg korang terlepas
    utk rock n' rock 70an & 80an

    Tak percaya?? Cuba korang lihat video ini...

    http://www.youtube.com/watch?v=s-312lVPnhY

    P/S: Baca juga komen2 disitu....

    ReplyDelete