Thursday, June 13, 2013

Judgment Night (soundtrack)

20 tahun yang lalu...sebuah album runut bunyi yang agak berbeza telah diterbitkan.....



VA- Judgment Night (soundtrack) (1993)

Lama sebelum Limp Bizkit dan ntahapahapantah band seangkatan dengannya bermain rap rock, Run D.M.C/Aerosmith dan Beastie Boys dalam Licensed to Ill dah mempeloporinya terlebih dahulu. Ianya semakin popular di penghujung 80an dan awal 90an dengan munculnya band-band seperti 24-7 Spyz, Faith No More, Living Colour dan menjangkit kepada metal bila Anthrax berkerjasama dengan Public Enemy.

Tapi 20 tahun yang lalu, ada sebuah album soundtrack yang dibuat khas untuk mengabungkan muzik rock dan rap. Tak pasti apa kaitan filemnya dengan muzik begini....dan jangan tanya pasal filemnya...sumpah saya dah lupa..mesti filemnya tak best...tu pasal dah lupa...hahaha...tapi soundtracknya mungkin ok kot...terutamanya jika anda pengemar muzik rap dan alternative awal 90an.




Terus terang saya bukanlah peminat muzik rap. Pernah cuba juga mendengarnya tapi tak boleh nak masuk. Tergoda untuk membeli kaset ini adalah kerana adanya lagu "Disorder" gabungan antara Slayer dan Ice-T. Dan rasanya inilah lagu selain  "Me, Myself & My Microphone" dari Living Colour dan Run D.M.C. yang saya boleh terima. Mungkin mereka dah biasa dengan raprock. Maklumlah Ice-T pun ada band metal. Tapi yang lainnya kurang masuk...kebanyakannya lebih rap dari rock...tu yang buat tak berapa nak suka tu...

Tapi mungkin bagi generasi grunge/alternative boleh cuba kot...maklumlah adanya Pearl Jam, Sonic Youth, Mudhoney, Dinosaur Jr. dan lain-lain. Mungkin kalau banyak band-band metal yang terlibat, mungkin ianya lebih rock dari rap dan boleh membuatkan saya lebih beminat.



***kalau tak silap...Eddie Vedder tak terlibat dalam saoundtrack ni..."Real Thing"  hanyalah gabungan Cypress Hill dan Pearl Jam tanpa Eddie... 




5 comments:

  1. errr....tak pernah perasan album ni....huhuhu

    ReplyDelete
  2. bro untuk lagu The Real Thing ada suara Eddie tapi sekadar backing vocal utk part last saja..serupa gak dgn lagu I Love You Mary Jane dari Sonic Youth dgn Cypress Hill, cuma ada suara Kim Gordon humming di belakang saja, selebihnya rapping dari B-Real...by the way, album ni memang terbaik! Dah makin susah nak cari kaset ni, aku pernah beli dulu tapi hilang entah ke mana dipinjam member...by the way, nak trade ke?hehe

    ReplyDelete
  3. runDMC/aerosmith mmg epic/havoc hahaha...

    ReplyDelete
  4. Lama dah filem ni tahun 1993.filem dia pasal 4 sekawan ni lari dari satu drug dealer ni pasal diorang ni saksi kes bunuh drug dealer tu..soundtrack versi kaset ni pun aku ada dulu tapi tak boleh nak masyuk la muzik camni

    ReplyDelete
  5. Faizal...tak perasan pun takper...tak rugi pun...hahaha...

    Adi...boleh saje...asal ada yg berkenan...

    Ijau...videoclip dia best.

    Rafi...sama dengan.

    ReplyDelete