Monday, June 10, 2013

Wayang pilihan...

Sepanjang 2 minggu yang lepas ni agak kurang berpeluang untuk menonton tv...maklumlah cuti sekolah...anak-anak yang duk asrama semua ada kat rumah...tv dah macam dorang punya dah...tapi bila sesekali astro tayang cerita wayang yang menarik...kuasa veto akan digunakan...heheh...

3 wayang yang antara kegemaran sepanjang zaman ditonton di astro HD sepanjang 2 minggu yang lepas...


Legends of the Fall (1994)

Cerita melodrama..kisah 3 beradik yang mencintai wanita yang sama. Berlatarbelakangkan zaman sebelum Perang Dunia Pertama hingga ke tahun 1930an. Lakonan mantap Anthony Hopkins sebagai bapa yang tegas dan berpengaruh tetapi dibayangi dengan penampilan dan lakonan hebat Brad Pitt. Rasanya ini antara lakonan Brad Pitt yang terbaik yang seterus menempatkan beliau ke dalam kategori pelakon kelas A.

Filem ini juga membuatkan saya menyukai Brad Pitt, maklumlah imej rambut panjang ala2 rocker...hahaha...Lama dah tak tengok cerita ni...tapi masa tengok tu tetiba habuk masuk pula kat mata...sumpah...bukan gua emo...tapi memang habuk masuk mata....heheheh...



Good Will Hunting (1997)

Filem yang mengenalkan Matt Damon dan Ben Affleck kepada dunia. Tercalon untuk 9 anugerah Academy Awards, menang 2. Satu untuk Robin Williams (Best Supporting Actor) dan satu lagi untuk Affleck dan Damon (Best Original Screenplay).

Takder nak komplen. Jalan cerita dan lakonan yang terbaik. Kaki filem aksi pun rasanya boleh cair dengan filem drama ni. Siapalah yang tak teringin nak jadi genius yang rebel. Filem yang mula membuatkan saya minat Matt Damon. Sangat rekomended.



Stand by Me (1986)

Filem ini mengenalkan saya saya kepada Stephen King, Mendiang River Phoeix dan Kiefer Sutherland. Ntah berapa kali dah saya menontonnya tetapi tetap tak merasa bosan. Mungkin kerana filem-filem drama bergenra coming of age dan road trip memang selalu menarik minat saya. Stand By Me mengisahkan perjalanan 4 orang sahabat berusia 12 tahun yang mencari mayat seorang budak yang hilang.

Sebagai budak lelaki yang gemarkan adventure, pengembaraan mereka ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman kanak-kanak saya. Kami juga berempat, walaupun pengembaraan kami bukan lah mencari mayat, tetapi kami sering masuk ke kebun kelapa sawit menyusur paya dan belukar sejauh yang mungkin, bercamping makan maggi dari pagi hingga ke maghrib. Cumanya nasib mak bapak tak benarkan, kalau tak sudah pasti kami akan bermalam...manisnya memori zaman kanak-kanak.

Saya sukakan endingnya, terutama apa yang terjadi kepada 4 orang sahabat tersebut. Seperti cerita ini, kawan-kawan karib saya ketika berumur 12 tahun juga hanyalah sekadar memori silam saya. Seorang telah meninggal manakala yang lain-lain telah pun putus hubungan. Zaman Facebook pun tidak akan berjaya merapatkan kami kembali seperti dulu-dulu....

Suka betul saya monologue di akhirnya...

"I never had any friends later on, like the ones I had when I was twelve...Jesus....does anyone?"




7 comments:

  1. cerita Stand By Me tu memang best...the late River Phoenix pun best gak lakonan dia...betul tu bro, zaman kanak2 hanya sekali dan xkan dpt diulangi walaupun kwn2 dpt buat reunion sekalipun

    ReplyDelete
  2. filem2 drama yg berat... pasti filem2 mcm ni aku hanya akan dpt tgk menerusi tv

    ReplyDelete
  3. Legends of the Fall, lakonan Brad Pitt memang real.. scene yang tak boleh dilupakan masa Samuel (watak adik Brad Pitt) mati kena tembak bertubi-tubi..

    Good Will Hunting, watak genius Matt Damon memang cukup impress.. filem yang mengenalkan Elliott Smith, underrated singer songwriter..

    ReplyDelete
  4. Legennds of the fall,good will hunting..start filem ni jugak aku suka layan filem2 matt damon ngan brad pitt

    ReplyDelete
  5. Seminggu dua ni wa punya mood layan movie kartun je...Tapi sekarang kena stop dulu...Mak datang dari kampung...So kena slow down sikit tak leh bising bising...huhuuu...

    ReplyDelete