Tuesday, March 11, 2014

1994 pt 2



1994 bagi orang yang poser macam saya sedikit sebanyak akan terpengaruh juga dengan apa yang popular di dunia mainstream pada ketika itu.

Sebagai seorang "kasetholic" (zaman tu cd belum berapa meluas jualannya), setiap kali melangkah ke dalam kedai kaset pastinya akan terbeli juga. Rasanya ianya lebih kepada perasaan ingin tahu mengapa dan kenapa. Tambah-tambah pula pengaruh radio/tv dan majalah rock/heavy metal seperti Kerrang yang mula mempromosikan band-band alternative/grunge lebih dari band-band metal sendiri.

Biasanya rasa frust selepas beli kerana jarang ada band-band alternative/grunge yang kena dengan selera. Tetapi memang tak pernah serik. Tetap beli juga. Ianya satu proses trial and error. Untunglah generasi sekarang tak perlu keluarkan duit untuk proses ini. Youtube dan download ajer...(kebanyakan kaset-kaset yang tidak kena dengan selera memang tidak dijaga...akhirnya hilang entah kemana...)

Btw...kaset-kaset ini bukan untuk di jual...heheh...




Monday, March 10, 2014

Strangers In The Night

"747 (Strangers In The Night)"

We got a 747 coming down in the night
There's no power, there's no runway lights
Radio operator try to get a message through
Tell the flight deck New York has no lights
There's no power, what do we do
A 747 coming down in the night
Try to get a message through 
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere This is Scandanavian 101
Flight from Hawaii coming out of the sun
Kennedy, you should be in sight
We can't see a thing here in the night
Navigator says we're on the flight path
There's no radio, no sign of life
This is Sandanavian 101
For Gods sake get the ground lights on 
'Cause we were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
There's a 747 goin' into the night
There's no power they don't know why
They've no fuel they gotta land soon
They can't land by the light of the moon
They're overshooting there's no guiding lights
Set a course into the night
Scandanavian 101
For Gods sake get your ground lights on 
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere
We were strangers in the night
Lost on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere Strangers in the night
We were strangers in the night
Strangers in the night
We were strangers in the night 
Strangers in the night
Both on separate flights
Strangers in the night
Going nowhere 
We were strangers in the night
Flight 101
Strangers in the night going nowhere





Ntah kenapa sejak-sejak tahu berita kehilangan pesawat MH370....kepala aku asik terngiang-ngiang lagu ni...takder kena mengena pun...tapi ini antara lagu Saxon yang jadi kegamaran...lirik dia memang menarik...ada cerita....semoga yang terbaik untuk MH370...



PRAY FOR MH370




Friday, March 7, 2014

Youthanasia

Album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Megadeth - Youthanasia (1994)

Rasanya tak banyak yang menarik untuk dunia heavy metal dari tahun 1994. Mungkin hanya saya, tak tau lah orang lain. Lain orang lain seleranya. Nasib juga ada Youthanasia sebagai penyelamat.

Pada saya ini adalah album terakhir Megadeth yang betul-betul saya hayati. Jenis dengar berulang-ulang kali sambil membaca lirik. Album-album selepas itu (mungkin bukan Megadeth sahaja) saya lebih kepada mendengarnya sambil lalu. Mungkin atas faktor keadaan semasa dan usia. Semakin usia meningkat semakin banyak tanggungjawab. Mendengar muzik bukanlah lagi satu keutamaan. Sangat berbeza ketika zaman Youth Gone Wild di usia remaja.



Youthanasia bukanlah thrash. Tetapi pada saya ianya adalah salah satu album terbaik dari Megadeth. Mungkin ianya kurang dari segi solo-solo gitar berapi tetapi berlebihan pula dari segi melody lagu yang sangat catchy. Kali ini Abang Mus benar-benar cuba untuk menyanyi (kalau anda faham maksud saya).

Banyak lagu menarik dan saya menyukai hampir kesemuanya. Tetapi jika di suruh membuat pilihan saya mungkin memilih Reckoning Day dan A Tout Le Monde.



Sifat berlawan-lawan dengan Metallica pada saya menjadi punca album ini menjadi lebih melodic. Sayangnya sekali lagi Megadeth gagal untuk mencapai kedudukan album no 1 di carta Billboard. (Youthanasia sekadar berada di kedudukan no 4). Walaupun kalah di dunia mainstream, sebenarnya Megadeth tidak pernah kalah di hati peminat metal seperti saya.

Pada saya Youthanasia lebih menarik dari mana-mana album Metallica selepas zaman And Justice For All. Period!



Thursday, March 6, 2014

Underwater World Langkawi

Lagi cerita pasal Langkawi....Kali ni ke Underwater World.


Kalau ikutkan malas nak masuk. Dulu masa penghujung 90an dah pernah masuk. Tapi atas desakan anak-anak dan budak kaunter tiket tu yang beriya-iya cakap Underwater World ni dah berbeza dari dulu, tambah-tambah kat luar panas terik....akhirnya masuk la jugak...

Harga tiket ikut yang aku google...(dah lupa sebenarnya berapa yang aku kena...maklumlah dah 2 bulan lebih dah kejadian ni...)

Dewasa RM40 (tanpa MyKad) / RM30 (dengan MyKad)
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM30 (tanpa MyKad) / RM20 (dengan MyKad)


Dalam macam biasa la mana-mana Underwater World pun...ikan, ikan dan ikan....


Selain tu ada la ikan-ikan eksotik dan macam-macam hidupan dalam air....ular pun ada...sorry la malas nak mencari kat mana aku letak gambar-gambar ni semua....ni mana yang aku terjumpa jer la yer...


yang ni anak bongsu aku suka la...Finding Nemo...


Selain tu dia ada bahagian hutan tropika...ada macam-macam jenis burung juga....

Tapi yang jadi tarikan utama kat sini dan yang membezakan dia dari Underwater World Aquaria KLCC adalah  "penguinarium” yang macam gambar kat bawah ni...


Iyer...penguin...ada macam-macam jenis jenis penguin...


Yang ni Rockhopper Penguins kot kalau tak silap....yang macam cerita animasi Surf's Up tu kan....


Yang macam Madagascar "I like to move it...move it"...tu pun ada....Ni masa dorang tengah bagi penguin makan....Tu dorang pakai topi macam tu pasal time aku pergi ni masa krismas...


Tu ajer la kot...tak larat aku nak membelek gambar-gambar yang lain....lepas ni mungkin ada lagi satu kot cerita pasal Langkawi....pastu dah...kena move on...dah basi dah cerita pergi masa bulan disember ni...




Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday - Luaskan Kuasamu


Luis Figueroa & Pablo Aimar



Baihakki Khaizan & Amirul Hadi


**wakilkan anak...bapa pemalu :P

Tuesday, March 4, 2014

Nampak sama tapi bukan dia....bahagian 2

Bahagian 1 kat >SINI<

Jethro Tull - Rock Island 1989


Metafora - Suara Generasi 1990

Saya pasti ramai yang tak pernah dengar kedua-dua band ni. Jethro Tull ni saya start nak ambik tau bila dorang menang Grammy Award tahun 1988. Kalahkan Metallica album "...And Justice for All" untuk menang Best Hard Rock/Metal Performance. Time tu ramai pertikaikan adakah mereka layak masuk kategori hard rock apatah lagi metal.

Manakala Metafora ni saya tau melalui adik perempuan saya. Awal 90an dulu adik perempuan saya memang suka membeli kaset band-band rock macam tu. Mega, Melissa, Hidayu, Ababil dan ntah apa-apa lagi yang saya pun dah tak boleh nak ingat dah. Metafora ni pun jangan di tanya lagunya macamana. Sumpah saya tak tau dan tak pernah dengar pun walaupun kasetnya dulu ada kat kampung.

Cuma yang menyebabkan saya teringat pun adalah pasal kaver albumnya yang seakan-akan sama dengan kaver album Jethro Tull ni. Tu pun jenuh mengoogle nak ingatkan apa nama kumpulannya...

Tak pasti adakah zaman sekarang masih ada kes ciplak menciplak ni...nanti kalau terjumpa lagi...saya akan tampal lagi...



Monday, March 3, 2014

The Complicated Futility of Ignorance

Album yang dah 20 tahun...


Fudge Tunnel - The Complicated Futility of Ignorance (1994)

(Rasanya tak ramai yang tau pasal Fudge Tunnel. Tapi mungkin ramai yang tahu Nailbomb. Band side projek Max Cavalera bersama dengan vokalist dan gitarist Fudge Tunnel, Alex Newport.)

Sebagai mukadimah, sebenarnya saya terserempak dengan seorang brader yang memakai t-shirt Nailbomb di UO, Plaza Angsana,Johor Bahru beberapa minggu yang lalu. Saya tak pasti apakah beliau benar-benar tahu apa itu Nailbomb atau sekadar memakainya sebagai pakaian basahan. Kerana beliau memakainya semasa bekerja di store UO dan kondisi t-shirtnya agak lusuh. Tapi yang pastinya imej kaver Point Blank di t-shirt tersebut membuatkan saya teringat-ingat yang saya ada kasetnya suatu masa dahulu.

Saya telah mengembur hampir separuh dari koleksi kaset saya tapi yang saya terjumpa setakat ini hanyalah kaset ini. Nantilah ada masa yang lain akan saya kembur lagi sebahagiannya untuk bercerita perihal Nailbomb. Tapi untuk kali ini...entrinya berkisarkan kaset The Complicated Futility of Ignorance, Alex Newport dan Fudge Tunnel.

Jujurnya sebelum era Roots, saya adalah fanboy Sepultura terutamanya Max Cavalera. Sudah semestinya apa-apa rilisan beliau akan saya ikuti termasuklah Nailbomb. Kaset The Complicated Futility of Ignorance ini saya beli semata-mata kerana saya rasa tertarik hati nak tau bagaimana agaknya muzik asal Alex Newport. Memang sebelum itu tak pernah dengar langsung nama Fudge Tunnel. Macam pelik kenapa Max boleh berkerjasama dengan Alex.


Ternyata Fudge Tunnel sedikit berbeza dari Nailbomb. Kalau Nailbomb lebih kepada sound industrial thrash tetapi Fudge Tunnel lebih kepada sludge metal dan doom. Ternyata dari apa yang saya baca yang mengaitkan sound mereka ada pengaruh grunge ada kebenarannya. Sound raw, kasar dan kotor ala Seatle di campurkan dengan distortion gitar metal yang cukup berat. Ada yang best dan ada juga yang agak sukar untuk dihadam.

Mungkin kerana saya bukanlah pengemar sludge atau doom menyebabkan saya agar sukar untuk menerima album ini. Bukan untuk saya tetapi mungkin bersesuaian dengan selera anda. Siapa tahu....