Thursday, March 6, 2014

Underwater World Langkawi

Lagi cerita pasal Langkawi....Kali ni ke Underwater World.


Kalau ikutkan malas nak masuk. Dulu masa penghujung 90an dah pernah masuk. Tapi atas desakan anak-anak dan budak kaunter tiket tu yang beriya-iya cakap Underwater World ni dah berbeza dari dulu, tambah-tambah kat luar panas terik....akhirnya masuk la jugak...

Harga tiket ikut yang aku google...(dah lupa sebenarnya berapa yang aku kena...maklumlah dah 2 bulan lebih dah kejadian ni...)

Dewasa RM40 (tanpa MyKad) / RM30 (dengan MyKad)
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM30 (tanpa MyKad) / RM20 (dengan MyKad)


Dalam macam biasa la mana-mana Underwater World pun...ikan, ikan dan ikan....


Selain tu ada la ikan-ikan eksotik dan macam-macam hidupan dalam air....ular pun ada...sorry la malas nak mencari kat mana aku letak gambar-gambar ni semua....ni mana yang aku terjumpa jer la yer...


yang ni anak bongsu aku suka la...Finding Nemo...


Selain tu dia ada bahagian hutan tropika...ada macam-macam jenis burung juga....

Tapi yang jadi tarikan utama kat sini dan yang membezakan dia dari Underwater World Aquaria KLCC adalah  "penguinarium” yang macam gambar kat bawah ni...


Iyer...penguin...ada macam-macam jenis jenis penguin...


Yang ni Rockhopper Penguins kot kalau tak silap....yang macam cerita animasi Surf's Up tu kan....


Yang macam Madagascar "I like to move it...move it"...tu pun ada....Ni masa dorang tengah bagi penguin makan....Tu dorang pakai topi macam tu pasal time aku pergi ni masa krismas...


Tu ajer la kot...tak larat aku nak membelek gambar-gambar yang lain....lepas ni mungkin ada lagi satu kot cerita pasal Langkawi....pastu dah...kena move on...dah basi dah cerita pergi masa bulan disember ni...




4 comments:

  1. Perghhh ada surf board tu....2 kali aku pergi sini, 2 kali jugak aku melepas tak dpt masok dlm...atas sebab2 tertentu....ok jugak ek, mcm Aquaria cuma yg ni ada penguin aja la...

    ReplyDelete
  2. Very nice... gi la carik foto2 lagi...

    ReplyDelete
  3. Baru tau dalam tu ada penguin..mesti tempat penguin tu paling sejuk eh

    ReplyDelete