Friday, March 7, 2014

Youthanasia

Album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Megadeth - Youthanasia (1994)

Rasanya tak banyak yang menarik untuk dunia heavy metal dari tahun 1994. Mungkin hanya saya, tak tau lah orang lain. Lain orang lain seleranya. Nasib juga ada Youthanasia sebagai penyelamat.

Pada saya ini adalah album terakhir Megadeth yang betul-betul saya hayati. Jenis dengar berulang-ulang kali sambil membaca lirik. Album-album selepas itu (mungkin bukan Megadeth sahaja) saya lebih kepada mendengarnya sambil lalu. Mungkin atas faktor keadaan semasa dan usia. Semakin usia meningkat semakin banyak tanggungjawab. Mendengar muzik bukanlah lagi satu keutamaan. Sangat berbeza ketika zaman Youth Gone Wild di usia remaja.



Youthanasia bukanlah thrash. Tetapi pada saya ianya adalah salah satu album terbaik dari Megadeth. Mungkin ianya kurang dari segi solo-solo gitar berapi tetapi berlebihan pula dari segi melody lagu yang sangat catchy. Kali ini Abang Mus benar-benar cuba untuk menyanyi (kalau anda faham maksud saya).

Banyak lagu menarik dan saya menyukai hampir kesemuanya. Tetapi jika di suruh membuat pilihan saya mungkin memilih Reckoning Day dan A Tout Le Monde.



Sifat berlawan-lawan dengan Metallica pada saya menjadi punca album ini menjadi lebih melodic. Sayangnya sekali lagi Megadeth gagal untuk mencapai kedudukan album no 1 di carta Billboard. (Youthanasia sekadar berada di kedudukan no 4). Walaupun kalah di dunia mainstream, sebenarnya Megadeth tidak pernah kalah di hati peminat metal seperti saya.

Pada saya Youthanasia lebih menarik dari mana-mana album Metallica selepas zaman And Justice For All. Period!



12 comments:

  1. aku ada tape ni, serius layan gile beb. all-time fav ni.

    apahal lp ni mahal nak mampos?

    ReplyDelete
  2. Kali ini Abang Mus benar-benar cuba untuk menyanyi (kalau anda faham maksud saya).

    saya faham... dgr saja lagu a tout le monde yg berhantu

    ReplyDelete
  3. Betul..dengan line up yg ada marty friedman memang aku suka.

    ReplyDelete
  4. Saya hadam album ni dan Cyrptic Writing sahaja.
    Menu ni saja yang saya suka dari mereka

    ReplyDelete
  5. Aku ma mcm Portdy, album Cryptic Writing saja yg aku dpt masok kepala....yg lain agak payah la....mgkn bukan selera aku kot....ermmmm

    ReplyDelete
  6. Alrite ye ni..tapi apa aku ingat, full set megadeh zaman tu promote youthanasia lagi banyak lagu countdown to extinction. Tak sesuai sangat gaknye ni album main live

    ReplyDelete
  7. Dengar khabar Dave Mustaine dan kawan-kawan nak datang bermain muzik di Malaysia. Harap-harap akan jadi kenyataan.kesemua album Megadeth kecuali risk dan super collider amat best pada saya.

    ReplyDelete
  8. aku ada satu saja album magedeath ni risk. yang ni kalau ketemu kasetnya pasti akan disambar.. kulit album memang menarik...

    ReplyDelete